Udang 1000 Rasa

                       Resepi ni nampaknya simple, boleh cuba. Bahan-bahan dia pula dah memang ready stok kat dapur tu, cuma udang je lah kot nak kena beli if nak buat.  Jom cuba

Bahan-Bahan:
Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak
Bahan 2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula
Garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.

2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata.

4. Hidangkan di dalam pinggan.
Cadangan Hidangan:
Hidangan ini enak dimakan bersama nasi dan roti.

Comments

Popular Posts