Puding Custard dengan fruit cocktail

Dah lama dah saya beli fruit cocktail dalam tin tu tapi x buat buat juga, tambahan pula resepi yang saya salin tu dah hilang entah kemana, jadi saya terjumpa lah resepi ni, bahan-bahan pun dah ada, jadi senang lah sikit membuatnya, boleh buat untuk berbuka puasa nanti!



Bahan utk Custard

1 cawan tepung custard
1 3/4 cawan gula
3 cawan air
1 tin susu cair

Bahan utk agar agar

1 packet agar agar serbuk - sy guna brand swallow
1 litre air
1 cawan gula

1 tin fruit cocktail - tapis airnya

 Caranya

Custard

Satukan susu, air dan gula
Biar ia reneh sebentar sehingga sedikit mendidih
Pabila mendidih, masukkan tepung custard dan gaul senantiasa
Kacau sehingga ia likat
Angkat dan letak ke dalam bekas bekas kecil
Biarkan ia sejuk sebentar kemudian masukkan buah buahan kedalam bekas tadi

Agar agar

Satukan kesemua bahan diatas dan masak sehingga mendidih
Angkat dan tuang kedalam bekas yg telah diisi custard dan buah tadi
Biarkan ia mengeras dan sejuk kemudian letak didalam peti ice
Enak dimakan sejuk
Dapat dalam 25 bekas kecil

** Kalau guna agar agar serbuk lebihkan 200ml air agar tidak terlalu keras

Comments

Popular Posts