Saturday, 4 October 2014

Raya Qurba 2014

Assalammualaikum para pembaca sekelian

mesto korang sekarang nih tgh bz buat persiapan untuk besok kan? Saya xde persiapan apa pun, sbb beli ketupat pulut hitam je.. yang lain-lain tu emak di kampung yang uruskan heheheh .. biasalah anak manja.. 



Bila dah nak habis ketupat baru ingat nak ambil gambar.. tihihihi.. tapi memang sedap ketupat makcik langkawi ni buat!

Raya ke 2 baru family buat korban diperlis, lepas tu adalah makan makan sedikit sambil pass pass daging tu untuk sanak saudara. then raya ke 3 , off to kota bharu kelantan.. whoopp whoppp.. modus operandi nya ialah, cari makan and makan banyak banyak coz sana memang terkenal dengan syurga makan. kiranya kalau kami pergi sana, separuh duit tu akan habis dengan membeli makanan je hahahahha.. teruk..

Family trip kali ni cuma kami n mak ayah je. Family kakak x join sbb anak diaorg sekolah.. so buhuhuhu.. next time lah ye. 
Nanti kat kelantan will update more info aktiviti kitaorang and of coz some pictures of that glorius food!
So for now, Happy Holiday and Selamat hari raya. Safe journey and drive carefully ya!

Wednesday, 2 July 2014

puding karamel resepi mak





Haaa mesti korang terliur kan bila tgk puding karamel yg sloppy ni kan? hahah.. 1st time buat, nak buat mcmana.. huduh huduh pun tapi rasa dia sedap tau!

senang je nak buat:

  • 3 biji telur - gaulkn cm nk buat telur dadar
  • 1 camca kastard - bancuh dgn sedikit air dlu
  • 1 tin susu cair
  • 5 camca gula utk buat gula hangus


cara nak buat gula hangus :

  1. buh 5 camca besar kedalam periuk. kacau sampai bertukar ke kaler perang.. then tuangkn air.. x sampai setengah gelas. api kena slow tau. kacau sampai gula tu nak pekat2 dan biarkan sejuk
  2. diatas api yg kecil, kacau susu cair yg ditambah dgn 3 camca gula. bila rasa suam2 tapi jangan sampai mendidih, kita tuang pula bancuhan kastard. kacau hingga sebati. then tuang kesemua telur tu. kacau sampai nak pekat.. bole agak2.. ( saya bubuh esen vanilla )
  3.  bila dah nak pekat, tuang kan bahan susu tadi keatas gula hangus tadi
  4. then kukus selama 20 -25 minit.
  5. sejukkan .. 
boleh nak taburkan buah peach ke, strawberry ke kt atas puding tu.. masam masam dan manis memang gabungan yg sedap

Wednesday, 28 May 2014

lenovo oh lenovo

Hola!

Entry ni pendek je..
Entry frust menonggeng sebab nk surver handphone lenovo payah sesangat kat langkawi ni. Kalau kat tanah besar senang lah.. senang banyak bukan senang sikit! :(

Sini kedai utk buat pilihan dah lah sikit, mahal gila pula tue.. barang nak harap original pun boleh diragui. Kecualilah jika anda seorg yg terer bab nk tgk check hp tu ori ke tidak.. xdak masalah .. 

Soo.. berharap sangat-sangat pencarian besok membuahkan hasil ya!

Tuesday, 20 May 2014

Bedak arab Korkuyou ~ lelong lelong ~

salam pembaca-pembaca semua. Sini saya nak buat jualan penghabisan stok. Bedak arab korkuyou dengan harga yang teramat amat amatlah murah! kalau baca, mesti tak percaya punya. 

TAPI

sebelum membaca dan ingin membeli. saya ingin mengingatkan bahawa anda semua kenalah bukan seseorang yang cerewet, fussy dan banyak songeh ye. Saya jual ni pun dengan harga yang murah. Harga rugi. Tapi daripada membazir dalam simpanan , baik saya jual je. 
Bedak ni tak tahu lah ori ke x, sebab saya beli x dapat dia punya span.. so saya kena beli span lain sebagai ganti utk span korkuyou. yang tu je lah masalah dia. Dari segi warna, bau , packaging dia semua sama lagi. MAlah saya sendiri yang pakai pun tak ada masalah apa-apa pun.
Saya juga ada buat perbandingan dengan bedak arab yg saya pesan kt mak saya. Dimana dia beli di mekah terus, xde apa2 perbezaan juga cuma span je lah dapat span korkuyou sekali. tapi bila pakai , xde yang lain pun. xde yg beza pun.

So, kepada sesiapa yang ingin mencuba dan membeli. Saya nak jual bedak-bedak arab ni dengan harga rm16 sahaja termasuk pos. Tapi beli atas tanggunggan dan kerelaan sendiri tau!

Ade kaler Cherry Pink sahaja
Rm16 termasuk postage
Barang baru





Boleh emel saya di anchot@livve.com
atau
whatapps saya di 0194556328
Lastly,
Komen je kat bawah ni hehehhe

Santai Hujung Minggu ~ Jala Restaurant, The Andaman Langkawi

seperti biasa, lina kalau time en.suami cuti mesti ajak dia ronda-ronda keliling langkawi.. almaklum lah.. bosan xde apa nak dibuat di rumah. So kali ni kami bercadang nak mencuba makan dan bersantai-santai di Jala restoran dekat hotel The Andaman.. jalan nak masuk tu memang bersimpang siur lah.. dah lah kawasan berbukit, hutan.. sunyi sepi je. Tapi oklah sebab jalanraya dia cantik.. tak sempit dan berlubang. Sementara nak sampai tu kami lalui kawasan padang golf. Boleh lah kalau nak rasa suasana tengah padang golf heheheh


See.. jalan yg bersimpang siur! macam naik rollercoster tapi tak teruk lah  



So, masuk masuk je kawasan hotel tu, kami disapa oleh tukang valet/bellboy yg lengkap berpakaian melayu tradisional.  Selepas berborak untuk seketika, dia pun bagi lah petua utk ke restoran Jala yg betul-betul berada di tepi pantai. sambil makan boleh tgk pemandangan laut lah. Romantik gitu tapi perlu DIINGAT, bg guest yang tidak menginap didalam hotel ini, anda tidak boleh mandi manda dilaut ye.. cuma boleh makan je. 
Kami pun apa lagi, ambik spot yg betul betul strategik lah ...
Tengok.. cantik tak pemandangan kami? siap tempat beradu lagi ada. Tapi kami x lah beradu, sebab panas hahaha
Encik suami tgk menu air, dan saya tgk menu makanan yg maha besar! Rabun dekat tak payah pakai spek dah ni




Harga makanan disini, mampu milik. Tak lah mahal mana sangat pun.. sekali sekala nak mai makan sini tak pe lah.. x membocorkan poket. Kita makan disini dapat kenangan yang terindah

the fooooooooddddd!!!


Saya pesan penne seafood. Minuman pula Latte yg maha kaw.. kiranya minum x tidur lah. Overall its good food, good experience and kita berpeluang ronda ronda didalam hotel yang bertaraf 5* tanpa rasa bersalah pun. hahahahha

Monday, 6 January 2014

Shaklee Peppermint-Ginger Plus & Garlic

Selama ni saya cuma tengok dan dengar je rakan rakan, sanak saudara bercerita pasal Shaklee ni.. ye lah.. time tue macam tak caya je kan? last-last, bila tengok 5 kawan baik dan anak buah mengambil supplement Shaklee dan result nya baik.. saya pun terbuka lah hati untuk menjadi ahli distributor shaklee nie..
Alhamdullilah setelah sebulan setelah mengambil Garlic dan peppermint-ginger plus, dan ditambah dengan Herb-Lax ( utk penyelawasan pembuangan air besar, seminggu 2-3kali je makan ) Gangguan daripada angin dan gastrikberkurangan dan boleh dikatakan tak ada lah masalah angin bila makan laksa, keladi dan makanan berangin hehehe.. best nya! senang sikit hidup.
Kalau tak, nak pergi holiday ke atau kemana-mana.. mesti bawa ubat gastrik/angin dan juga buah-buahan , mana tahu dapat serangan angin n gastrik pula..

Yang ni Peppermint- Ginger Plus. Bila makan tue, rasa sebu, mual berkurangan sebab dalam pil ni terkandung cengkih, daun pudina, halia yang sudah terkenal untuk berubat loya dan angin.. boleh hancur kan pil dan dicampur didalam air panas untuk menjadikan teh herbal.. sedap!


Ni keterangan serba-sedikit pasal Peppermint- ginger Plus:

Peppermint-Ginger Plus
Soothes and Calms

Ginger is an excellent herb for nourishing the digestive tract and has natural soothing properties that help calm a queasy stomach. Peppermint is another herb that helps to promote healthy digestion by soothing and comforting the stomach.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus provides natural herbs of peppermint, ginger, fennel and anise, for a soothing and calming sensation. Tablets may be crushed and added to boiling water for a natural herbal drink.

No artificial flavours, sweeteners, colours, or preservatives added. 

Then saya mengambil Garlic supplement juga:







Ni keterangan serba sedikit pasal Garlic ni:

Garlic
Allicin is the compound derived from garlic and responsible for many beneficial actions. Allicin does not occur in "ordinary" garlic, it is produced when garlic is finely chopped or crushed. Garlic has been traditionally used for the relief of cough, cold and flu and improves blood circulation.*

Each Shaklee garlic tablet contains 500mg of garlic. 

Jadi kalau nak mencuba, boleh lah contact saya di whatsapp/wechat/kakaotalk 0194556328
Boleh juga PM di facebook Shaklee Langkawi

id shaklee saya ialah 1098096 , saya berada di Langkawi

  

Friday, 15 November 2013

Guesthouse/Homestay rm150 di pdg matsirat, Langkawi

assalammualaikum adik kakak

Hari ni saya nak promote guesthouse saya atau lebih dikenali sebagai homestay lah ye . Memandangkan cuti sekolah pun baru nak bermula, saya pasti mesti ramai adik, kakak, pakcik makcik, abgsemua nak cari tempat menginap yang  murah dan boleh memuatkan 1 family yang besar kan? 

Memperkenalkan  De' Nyior Guesthouse yang berada di Padang matsirat, 5 minit dari air port Langkawi dan 20 minit dari jeti feri kuah. 15 minit ke pantai cenang


 Ada 3 buah rumah kesemuanya

Setiap rumah mempunyai keluasan dan bilangan bilik tidur dan tandas yang sama. Jadi jangan risau lah rumah tu ada berapa bilik? rumah ni ada berapa bilik kan? semuanya adil dan saksama

Bisnes keluarga yg terletak di tengah-tengah Pulau langkawi. Kami menyediakan 3 biji rumah yg baru siap dibina pada oktober 2012. Anda boleh menyewa harian/mingguan. Setiap rumah mempunyai 3 bilik tido(2 bilik dilengkapi aircond+kipas. 1 hanya kipas)total katil 1 queen+ 3 single bed, 2 tandas moden,jadi anda tak perlulah berebut giliran kan? hehhe. Dapur dengan kelengkapan asas dan ruang tamu. Keluasan rumah ialah 24x44. Setiap rumah mempunyai porch masing-masing dan juga laman yang luas. oh ya, satu lagi,
seluruh rumah kami berlantaikan tile.. xde simen hitam ok!
 
Harga: Hari biasa ke public holiday tetap sama yaitu rm150 semalam! apa tak caye ke? percayalah.. memang murah. sapa yang x nak kan dapat tempat penginapan yang murah, boleh save budget dan bolehlah shopping sakan dengan duit yang lebih tu. Kenapa nak menyewa bilik hotel ataupun chalet dengan harga yang sama ataupun lebih mahal utk mendapat sebuah bilik yang kecil kan? then datang dengan family yang besar.. berapa banyak bilik nak tempah? rm150x5buah bilik = rm750 sehari!
Kalau menginap di guesthouse kami yg berharga cuma rm150 sehari, anda akan mendapat sebuah rumah yang lengkap didalam kawasan berpagar lagi untuk keselamatan anda sekeluarga


Untuk booking, kami akan mengambil deposit utk 1 hari untuk 1 rumah dan pada hari check-in, anda diminta membayar rm50 untuk deposit kunci dimana bila anda check-out, kami akan pulangkanya.

Sabun dan syampoo akan disediakan,tuala akan diberi 5 helai sahaja.

Masa check-in: 2:00 tghr
Masa Check-out : 12 tghr

ini gambar-gambar dalaman guesthouse kami

 ruang tamu yang luas


salah satu bilik air didalam masterbedroom. yang di luar lebih luas dan besar
 
 yerp.. ruang tamu lagi

 ruang makan utk seisi keluarga

 di Halaman rumah yang berpagar. Psst.. sekrang ni halaman rumah ada pokok buluh yang rendang. boleh bersantai2 bersama keluarga di petang hari.

 Bilik tidur utama yang ber aircond/ kipas siling dan toilet

Ruang dapur

untuk tempahan boleh lah menghubungi khalik 0194714498 wechat/viber
ataupun terus ke page guesthouse kami:

De'NyiorGuesthouse, padang matsirat Langkawi


Ingat tue, Harga cuma rm150 semalam sahaja! rugi saper yang tak menginap di sini