Sunday, 25 November 2012

Tune Hotels promo 0.25 rates!

Sekarang ni kan tune hotel tengah mengadakan promosi bilik dengan harga serendah 0.25! jadi sesiapa yang berhajat nak bercuti ke thailand or jakarta tu boleh lah buat tempahan cepat cepat sebelum disambar oleh orang lain kan? Bagi saya lah, lebih baik stay di Tune hotel daripada menempah di hotel hotel lain yang kita tak pasti lagi kecantikkan dia dan kekemasan dia kan? Dah lah mahal pula tu. Untuk promo kali ni, saya tempah untuk Tune Hotel Pasar Baru, dengan harga rm40 untuk 2 malam sekali dengan cosy pakej. murah kan? memang berbaloilah. so sekarang ni target nak cari tiket flight pula. 

Oh ya! Pada promo bilik Tune hotel yang berharga 0.02 tu saya beli juga tau! saya beli di Legian, Bali untuk 4h3m berharga 40sen sahaja!! memang x msuk akal tapi itulah kebenarannya.. then saya pun tempah lah pula bilik di Tune Hotel 1Borneo untuk 3h2m denagan harga 2sen! haha.. memang berbaloi. Murah lagi daripada kita bayar masuk toilet kan? 
Jadi moh le kita ke Tune Hotel untuk membuat tempahan







Langkawi bulan 12

Seperti sedia maklum,sekarang ni musim cuti sekolah jadi ramailah para ibubapa nak bawa anak-anak berjalan ke Langkawi kan? Langkawi ni boleh dikatakan satu pulau yang perfect. 

Ialah bagi kanak-kanak macam-macam boleh diaorang buat cam mandi pantai, main pasir, tengok ikan yang cantik cantik unik dekat Underwater world, tgk kuda kat taman kuda, tengok arnab dekat cable car, tengok beraneka jenis burung kat Langkawi bird park. oh! jangan dilupakan, kat Langkawi ni nak tgk gajah dan harimau pun boleh.. semua dekat cable car je
Bagi para isteri .. jeng jeng jeng.. semesti lah target nak bershopping kan? sini pinggan mangkuk memang banyak lah.. bebas cukai pula tu! Para isteri boleh pergi ke kedai Hj Ismail group ataupun Idaman suri dan juga Ram's.. kedai kedai kecil pun ada mcm Zeno. Sini pun beraneka jenis cokelat ada. sebut saja, mesti dapat punya. Setengah tu, tak dijual di semenanjung. SO, sape-sape yg nak kawin disarankan beli cokelat yang comel comel untuk dibuat door gift!
And lastly, para suami .. yang merokok boleh borong rokok rokok yang murah ( bukan menghasut nak suh hisap bebanyak tp itulah hakikatnya kan?) or beli minyak angin n gamat (ape kena mengena dgn kaum laki erk?) or sesiapa yang lasak boleh pergi island hopping, scuba di pulau payar ataupun mendaki tangga seribu harapan

So ni jelah secara ringkasnya aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan sempena bercuti di Langkawi. Bagi saya yang sudah sememangnya stay di Langkawi, ingat nak pergi bercuti di Singapore. Pulau jugak kan? nge nge ngeee ..

SELAMAT BERCUTI YOU GUYS!!

Monday, 22 October 2012

Country - Fried steak. Stik Daging Goreng



For the country-fried steak:


For the house seasoning:

Method

Country fried steak

1) Combine 210g plain flour and 1/4 tsp. of pepper in a small bowl. Sprinkle 1 side of the meat with the House Seasoning and the other side with the seasoning salt, and then dredge the meat in buttermilk and then flour.

2) Heat 8 tbsp oil in a heavy skillet over medium-high heat. Add 2 or 4 of the steaks to the hot oil and fry until browned, about 5 to 6 minutes per side. Remove each steak to a paper towel-lined plate to drain. Repeat with the remaining steaks, adding up to 4 tbsp more oil, as needed.

3) Make the gravy by adding the 2 tbsp of remaining flour to the pan drippings, scraping the bottom with a wooden spoon. Stir in the remaining 1/4 tsp pepper, and the salt. Reduce the heat to medium and cook, stirring frequently, until the flour is medium brown and the mixture is bubbly. Slowly add the whole milk stirring constantly. Return the steaks to the skillet and bring to a boil over medium-high heat. Reduce the heat to low, and place the onions on top of the steaks. Cover the pan, and let simmer for 30 min.

4) For the house seasoning, combine all ingredients. Store in an airtight container for up to 6 months
.


Breakfast Sausage With Red-Pepper Gravy



Ingredients

  • 1 tablespoon extra-virgin olive oil
  • 1 pound breakfast sausage
  • 3 scallions, sliced, white and green parts separated
  • 1 red bell pepper, diced
  • Kosher salt and freshly ground pepper
  • 1 tablespoon flour
  • 1 clove garlic, minced
  • 1/2 teaspoon Worcestershire sauce
  • 1/8 teaspoon ground allspice
  • 3/4 cup low-sodium chicken broth
  • 1 1/4 cups milk

Directions

Heat the olive oil in a large skillet over medium-high heat. Add the sausage and cook, turning, until browned and cooked through, about 10 minutes. Remove the sausage to a plate and pour off all but 2 tablespoons drippings.
Add the scallion whites to the skillet along with the bell pepper, 1/4 teaspoon salt, and pepper to taste; cook, stirring, until soft, about 5 minutes. Add the flour, reduce the heat to medium and cook, stirring, about 2 minutes. Add the garlic, Worcestershire sauce, allspice, chicken broth and milk. Bring to a simmer and cook until thickened, about 6 minutes. Add the scallion greens and season with salt and pepper.
Divide the sausage among plates and top with the gravy.

Sausage-Cauliflower Spaghetti


Masa: 35 min

Persediaan: 15 min

Masak: 20 min

Untuk: 4 servings

Level (macam main game pula kan? nge nge ngeee : Easy
 
 

Bahan-bahan

  • Garam
  • 12 ounces spaghetti
  • 3 tablespoons olive oil, plus more for drizzling
  • 12 ounces sausage
  • 6 bawang putih, sliced
  • 1 small head cauliflower, broken into small florets
  • 1 bunch bawang merah, chopped
  • 1 cup grated parmesan cheese

Cara-cara nya:

Rebus spaghetti. Reserve 2 cups cooking water, then drain.
Sementara itu, panaskan olive oil dalam kuali dalam api yang sederhana panas. hancurkan sausage kedalam kuali dan masak, tonyoh2 dengan wooden spoon, until lightly browned and no longer pink, 4 to 5 minutes. Kosongkan kawasan di tengah kuali, bubuh bawang putih . goreng hingga kekuningan, 2 3 minit. Bubuh cauliflower dan masak hingga empuk lebih kurang 2 minit. Bubuh 1 cawan air rebusan spaghetti tadi, tutup dengan penutup. Api sederhana besar. Masak hingga cauliflower tu lembut, lebih kurang 8 minit. Buka penutup dan didihkan dengan api yang besar hingga mendidih dalam 2 minit.
Bubuh spaghetti ke dalam kuali bersama bawang merah. Drizzle with olive oil and season with salt. Toss for a minute or two to wilt the scallions and coat the pasta with the sauce, adding up to 1 cup cooking water, if needed, to loosen. Remove from the heat, sprinkle with the cheese and toss. Divide among shallow bowls and drizzle with more olive oil, if desired.

Sunday, 21 October 2012

Tiger! Tiger! Gallery Exhibit Langkawi

 Tiger! Tiger! galeri ni dipunyai orang badan ngo untuk memupuk kesedaran tentang kepupusan harimau Malayan dan juga untuk menyatakan cuma ada 500 sahaja harimau di Malaysia. Dibuka pada 14 februari 2010.
Anda semua yang ingin melawat Tiger! tiger! ni cuma perlu ke Oriental Village, dekat Cable car tu. Then pergi cari cafe BOLAVEN sebab harimau tu diaorang kurung didalam cafe itulah. Masuk je, diaorang tak charge apa-apa pun tapi kalau nak menderma tu elok sangat lah kan? Dalam cafe tu ade jual kopi dan makanan ringan dan juga menjual patung-patung harimau untuk mengutip dana bagi nak membela harimau tu. Oh, harimau tu diberi nama 'Zanah'

Kalau nak lebih lanjut, silalah ke laman web diaorang:

dah alang-alang berada di Langkawi, menginaplah di:






Langkawi's Elephant Adventure - Taman Gajah LAngkawi

Jom lah melihat pemandangan hutan belantara, flora dan fauna, rama-rama dengan anak sungai yang sungguh mendamaikan jiwa dengan hanya menunggang di belakang seekor gajah yang jinak! hehehe .. Mengujakan?
Semuanya di Langkawi's Elephant Adventure yang terletak di Oriental Village, ala dekat dan sama taman dengan Langkawi Cable Car tu, mesti jumpa punya. Kalau tak jumpa pun boleh tanya orang situ, mesti diaorang tolong tunjukkan jalan.
LEA ni sebenarnya dah lama ada, dari tahun 2006 lagi tapi mungkin orang tak promosi sangat tu kot sunyi skit. Selalunya orang akan promosi cable car tu je yang lebih. Sian kat gajah-gajah yang jinak ni, xde publisiti ..  :(
Gajah yang paling jinak sekali ialah gajah yang diberi nama Lasah. Sebenarnya Lasah ni boleh dikategorikan sebagai pelakon jugalah sebab dia pernah berlakon dalam citer mat salleh tu 'Anna And The King' dan juga drama-drama tempatan kita ni. oh! dan juga jadi penolong ahli silap mata lagi tau!
Banyak aktiviti boleh kita lakukan dengan gajah-gajah ni seperti 'fun Rides' dimasa mengambil 5 minit je menaiki belakang gajah tu so diaorg bawa pusing-pusing sangkar diaorang je.
Kalau ada duit lebih or boleh share share dengan orang lain, korang boleh ambil pakej yang mahal skit iaitu 'The Geopark Adventures'. Yang ni memang lama, kita masuk hutan, naik bukit siap kena mandi dengan si gajah tu lagi hahaha.. so kena bawa pakaian lebih dan barang elektronik tu bubuh dalam beg kalis air lah..

untuk keterangan lebih lanjut, pergilah ke lawam web diaorang ni:

Dan kalau nak menginap di guesthouse, silalah menginap disini:

Langkawi Paintball World Cup Asia

Kepada peminat-peminat tegar ataupun tak tegar mungkin seronok membaca maklumat ini. Untuk tahun 2012, Langkawi sekali lagi akan mengadakan perlawanan Paintbal. Hampir seluruh pasukan di serata Malaysia memasuki permainan ini. Ia akan diadakan pada 8 november hingga 11 november bertempat di Dewan Mahsuri, Langkawi.

Sudah 3 peringakat dah sebenarya pertandingan ini berlangsung. Peringkat pertama diadakan di Bangkok, Thailand. Peringkat ke-2 di Putrajaya dan untuk final ialah di Langkawi! Bangga juga lah jadi penduduk tetap ni sebab kita boleh lihat pelbagai aktiviti dan ragam orang yang masuk bertanding dan juga yang tidak bertanding

Hendak maklumat lanjut sila ke website dia ye :

Dan jika ingin mencari tempat menginap boleh lah menginap disini, tak jauh jarak diantara tempat perlawanan tu diadakan dengan guesthouse ni:

Thursday, 18 October 2012

TuneTalk The Best!

First skali saya nak mengatakan bahawasanya saya tidak dibayar oleh Tunetalk mahupun saya ini adalah salah seorang pekerja Tunetalk. Saya hanyalah pengguna yang loyal dengan Tunetalk ni. Dulu saya pengguna loyal kepada si C tetapi selepas saya ternampak kelebihan-kelebihan yang ada di Tunetalk ni terus saya bertukar arah. 
Ramai kawan kawan saya bertanya dengan nada tidak percaya ' line penuh ke tunetalk ni?' 'kalau masuk ulu dapat ke reception?' Alhamdullilah setakat ni reception nye memang full walau ke pedalaman Sarawak sekali pun, 3G lagi ada! Ganas kan?

Wednesday, 17 October 2012

Langkawi Guesthouse

Pagi- pagi tadi saya seperti biasalah . Lepas mandi makan semua baru nak buka laptop dan check emel, notification dalam Fb. Tapi perkara yang paling mengujakan ialah apabila saya menerima satu message dari V! Dia ingin datang ke guesthouse saya dan membuat review utntuk menulis didalam blog dia. Best! sebab memang saya selalu follow blog dia berkenaan pelancongan. Kalau korang nak tahu dia ialah rakyat America yg bermustautin di Langkawi. Blog dia memang terkenal lah dikalangan expat or pelancong luar negara. Teruja nih!
So janji temu sudah dibuat. Tetiba rasa takut/mengelabah pun ada.. heheheh.. biasalah.. darah gemuruh kan.. Minta-mintalah semuanya ok..

Thanks!


Marilah jenguk ke Guesthouse saya di Langkawi!

Dan Tolong lah LIKE page De'NyiorGuesthouse saya tu ye!

Ku Menyepi

Diam tak diam, lupa-lupanya dah lama ye saya x update blog ni.. penuh dengan habuk dan sarang labah-labah dah! ;p

Rasanya bermula dari Hari Raya hinggalah ke sekarang baru saya updatekan saya punya blog kan? hehehe

So dalam masa berbulan tu saya ada pergi interview under SPA untuk jawatan JURUBAHASA. Mmg risau lah time nak kena interview tu tambahan pula si penemuramah tu muka straight je..lagilah gabra kan? Tapi Alhamdullillah bila masuk je bilik interview tu, semua rasa gemuruh hilang dan boleh menjawapsoalan dengan tenang walaupun ada gak lah 3 4 soalan yang terbabas.. huhuhu.. apa2 pun redha lah dan yang pasti 23/10/2012 keputusan interview tu akan keluar. Minta-minta sesangatlah saya berjaya dalam interview tue. Nak lah juga berkerja dalam sektor kerajaan kan? 

Wish me luck yer!

Thursday, 4 October 2012

Nombor-nombor kecemasan di Langkawi

Amat penting ni. mana lah tahu ade tetiba ada kecemasan, boleh lah kita call mereka untuk bantuan kan. Nombor-nombor ini hanyalah untuk kawasan Langkawi sahaja tahu! :)


Jabatan Laut Langkawi 04-9666134
Jabatan Laut K.Kedah 04-7621206
Jabatan Laut K.Perlis 04-9854160
Jabatan Laut P.Pinang 04-2634076
Maritim Langkawi 04-9609814
Maritim K.Kedah 04-7358562
Maritim P.Pinang 04-
Maritim K.perlis 04-9851162
Polis Marin Langkawi 04-9668678
Hospital Langkawi 04-9663333
Hospital A.Setar 04-7303615
Hospital Kangar 04-9763333
Hospital Penang 04-6449301
KASTAM MARIN LANGKAWI 04-9699004
no tel JPAM langkawi.. 049663309
pasni ada kes excident, ular, sarang tebuan, pokok tumbng
leh la direct kol xgduh nk tekan 999

Monday, 3 September 2012

Sagu Kastard Koktel





Cara buatnya:

Bahan-bahan:
100 gm sagu mata ikan
80 gm buah-buahan koktel
50 gm tepung kastard
200 ml air
2 sudu kecil coffeemate
80 gm gula


Cara menyediakan:
1.  Masak sagu sehingga kembang.
2.  Tuangkan ke dalam acuan.
3.  Tuang sagu berselang-seli dengan koktel buah-buahan.
4.  Kemudian sejukkan dan letakkan ke dalam mangkuk.
5.  Untuk sos kastard, didihkan air dan masukkan coffeemate.
6.  Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
7.  Satukan gula dan tepung kastard.
8.  Kemudian, tuangkan bancuhan coffeemate tadi.
9.  Kacau perlahan-lahan.
10. Kemudian panaskan di atas api sehingga ia masak.
11. Sejukkan dan tuangkan ke atas sagu koktel tadi.

PS: resepi ini diambil daripada SajiOnline. Terima kasih ye

Mengandung kah aku?

Ya Allah, aku amat-amat berharap yang aku ni mengandung anak yang pertama walaupun sudah berkahwin selama 7 tahun. Tapi bila check HPT jawapan nya negative , ke aku tercheck awalsangat? sebab tak tahan nak tahu pregnant ke tidak. Tapi rasa cam pregnant.. skrang ni dok rasa cramp cramp n sengal sengal kat area perut, yang sengal tu pula balik kiri. Risau juga sebab bila baca if sengal balik kiri itu tandanya tak elok.. minta dijauhkan lah. Now dok spotting pun ade jugak.. 

Ada sesiapa pernah mengalami macam saya tak? sekarang kalau ikut kiraan 4minggu 3 hari. Risau dah ni...

:(

Thursday, 2 August 2012

Tiket Feri Langkawi Sempena Hari Raya

Kepada sesiapa yang nak balik kampung di Langkawi atau orang yang stay di Langkawi dsan nak beraya di semenanjung, anda diminta membeli tiket feri sehari masa bertolak. Masa perjalanan pun sudah diubah sedikit sempena puasa.
Berbalik kepada tiket feri. Bagi orang yang tinggal di Langkawi mungkin tidak bermasalah sebab dekat dengan jeti kan, bila bila boleh pergi beli tiket tu. Tapi terpikir gak bagi yang tinggal di semenanjung, payah lah nak membeli sehari sebelum. Silap silap sampai je di jeti kuala kedah atau perlis, tiket dah habis kan? Dah lah nak kena beratur panjang untuk membeli tiket tu. Parking pun payah nak cari di jeti dan orang ramai dengan beg berbelas belas biji.
Apa-apa pun, saya harap tahun ni proses membeli tiket dan seating didalam feri semuanya ok, tak ada masalah.

SELAMAT MEMBELI TIKET U ALLs!!


Wednesday, 1 August 2012

Tips Buffet ramadhan buffet di Langkawi

Ni saya nak bagi tips or info pasal buffet di ramadhan di Langkawi:

  1. Tok senik Resort, kalau kita just pergi je anda akan dicharge rm23 seorang dewasa tapi kalau korang beli voucher kat sales diaorang cuma rm20 je.
  2. DeBaron Resort, Kuah, harga buffet diaorang ialah rm29.90 seorang dewasa. Kalau korang book awal dan menjadi diantara orang yang 10 pertama hari tu, anda akan dapat dengan harga rm19.90. Murah dan berbaloi kan?
  3. Seaview Hotel pula, harga rm29 seorang dewasa tapi kalau kita pergi dengan 5 orang sahabat, dapat harga rm27 seorang. Beruntungkan?
  4. Grand Continental Hotel pula harga rm33 seorang dewasa. Jangan pergi walk in je, pagi tu korang call dulu dan reserve meja, diaorang akan bagi dengan harga rm28 seorang. tak payah nak membayar rm33 seorang. Jauh beza tu kan?
Yang lain-lain tu standard lah. bawak 10+ dapat free 1. tak best sangat melainkan nak pergi 1 ofis oke lah tu.. Papepun, buat lah perancangan awal ok!

Pinterest

Banyak dah hari sebenarnya hajat dihati nak mempelajari dan menhegetahui lebih lanjut berkenaan PINTEREST ni tapi tak berkesempatan.. sebok memanjang kan .. hehehhe..
So hari ini saya berkesempatan melihat dan sudah mempelajari serba sedikit apa itu PINTEREST dan ia memang sesuatu yang interesting! 
Ala-ala buku nota kita dah tetapi didalam alam maya. Kalau kita tengah membaca blog or terpandang gambar yang cantik, kita boleh pinkan ke PINTEREST kita dan kita boleh tengok dimasa yang lain . Ala ala bookmark tapi more canggih coz kita boleh follow orang lain yang mempunyai sama interest dengan kita! 
Apa yang kita pin pun kita boleh share ke FACEBOOK or TWITER so 2 in 1 lah. Log in melalui facebook kita pun boleh, jadi senang sikit no need to remember password or anything new kan?
GO take a look at my PINTEREST ya!


Sunday, 29 July 2012

Buffet Ramadhan Di Seaview Hotel

Kelmarin saya, en.suami dan rakan-rakannya berbuka puasa di Hotel Seaview, Langkawi. Sebenarnya tiap-tiap tahun saya dengan suami saya jadi pelanggan tetap hotel seaview kalau bab nak berbuka puasa di hotel ni. Bukan apa, saya rasa pilihan makanan dia dari appetizers hinggalah ke dessert memanglah banyak dan harga dia pun murah tau!
So kelmarin lauk yang saya target is Kaki Kambing Panggang n my en.suami pulak ketam masak lemak. Ok lah si en.suami dapat lah penuhi hajat dia untuk makan ketam tu coz memang dia hantu ketam kan... hehehhe .. tapi saya terkilan lah sebab tak sempat nak merasa kaki kambing bakar tu sebab time kami nak ambil sudah habis dan diaorang tak ada stok, just 1 feet only not all 4.. duhh rasa nak marah pun ada.. tapi sabarlah kan.. 
Then alkisah satey tulang ayam pula, rasanya dia memanglah sedap tapi kan.. ada setengah batang tu rasa macam dah nak basi lah?? WHY??? selalunya pada tahun tahun lepas tak pernah lah jadi macam ni lagi.. ok jee.. makanan semuanya cukup. Ada terpikir nak tanya kat staff diaorang tu sate tu lama ke yang baru sebab rasa basi. Tapi malas lah nak tanya.
Then makanan yang lain tu semua nya ok, just kekadang tu diaorang lambat refill and banyak orang. bila banyak orang tu faham faham lah.. satu satu group tu buat style makan berhidang not buffet style. ayam 1 pinggan, kuih 1 jenis 1 pinggan, dan lain lain pun 1 pinggan. Patutlah saya tak sempat nak merasa kaki kambing tu sebab semua ambil 1 pinggan and buat hidang kan?? kalau makan habis tak apa lah juga.. Redha lah juga tapi yang tak best nak tengok tu, tak habis. Setengah tu tak bersentuh langsung. 1 pinggan kuih pula tu. Lain kali lah please lah ambil sedikit-sedit then bila tak cukup pergi tambah lagi. no need to be tamak k?

Chou!


Saturday, 28 July 2012

Bersahur Di ...?

Kelmarin saya dengan en.suami bersahur di Mc Donald's Chenang. Apa? Chenang you say? iye chenang.. jangan terkejut ye. Sekarang chenang dah ada McDonalds , 24 jam lagi tau. Yang ruginya sikit xde drive thru. kalau ada drive thru lagi ok. No need turun turun dari kereta kan? Lokasinya bersebelahan dengan Langkawi Underwater. Takkan miss punya. Jadi sekarang ni di Chenang dah banyak dah fastfood. Ada oldtown, starbuck, The Loaf , Bread History and the latest is Mc Donalds!

 Background decor



This is me!!!

Friday, 27 July 2012

Buffet Ramadhan Langkawi 2012

Tahun ni seperti biasa banyak hotel-hotel yang membuat promosi Buffet Ramadhan. Jenuh jugalah nak memilihnya, yang penting budget kena tengok dulu ye... jangan main hentam pergi je nanti time raya tak ada duit dah kan?
So dibawah nie disenaraikan separuh daripada hotel-hotel dan senarai harganya:

  1. Hotel Grandcontinental = rm33 dewasa
  2. Hotel Sheraton = rm88 dewasa tapi yang ni memang tipt top lah. semua sedap. Tahun lepas saya dengan suami pergi sana 2 kali tau!
  3. Hotel Helang = rm33 Dewasa
  4. DeBaron Resort = rm29 dewasa tapi kalau kita orang yang ke-10 kita akan dapat dengan harga rm19.90! Berbaloi kan?
  5. Bella Vista Kuah = Rm35 dewasa
  6. Bella Vista Padang Matsirat = rm30  ( beza antara dua ni ialah bella vista di kuah ada kambing bakar n dekat pdg matsirat aiskrim goreng )
  7. Hotel Seaview = Rm30 Dewasa
  8. Mutiara Bay = Rm49 dewasa
  9. Tok Senik Resort = rm23 dewasa tapi kalau kita beli kupon harga rm20 (kena call sales person)
  10. Hotel Bayview = rm60 dewasa. If pergi sebelum 1 ogos dapat 20% diskaun
  11. Myhotel = Rm33 atau rm35 dewasa. Not sure
  Yang ni jelah selection yang saya ingat buat masa ni, nanti kalau ada news baru i will update u'oll k?
Jadi what are you waiting for? Jom serbu lah!

cara nak dapat harga diskaun di Buffet ramadhan langkawi

Ikan Masak Kicap Taucu





Bahan-Bahan:

1) Ikan cencaru (1 ekor )
2) Taucu (7 sudu )
3) Kicap (5 sudu )
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang merah (2 ulas )
6) Bawang besar (1/2 biji)
7) Cili padi dibelah 2 (4 biji )
8) Cili hijau dibelah 2 (1 biji )
9) Asam jawa dicairkan menjadi 3 cawan air (1/2 sudu )
10) Garam (secukup rasa)
11) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara Masak:


Lumurkan garam pada ikan yang dibelah dua dan dibuang kulit. Perap seketika.
Goreng ikan. Apabila garing, angkat dan asingkan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih (diketuk) hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).
Masukkan taucu. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan kicap. Goreng seketika.
Masukkan air asam jawa. Biar hingga mendidih.
Masukkan bawang besar (dipotong empat) dan biar hingga layu.
Masukkan cili padi, cili hijau, dan ikan. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.


Resepi Ikan Kukus Kicap


Bahan-Bahan:

1. Cairkan butter terlebih dahulu dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan biskut marie, dan gaul sehingga biskut disaluti campuran milo. Tutup api.
3. Masukkan kismis dan almond nib. Gaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastic. Susun dan tekan
biskut sehingga padat. 
5. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. 
Kemudian, kek batik bolehlah di potong dan dihidang.
 
Cara Masak:
 
Taburkan sedikit garam ke atas ikan. Aturkan ikan bersama dengan daun kubis, daun bawang dan halia. Kukus ikan selama 10 minit. Apabila ikan masak, panaskan minyak. Sementara itu, curahkan minyak bijan dan kicap cair ke atas ikan. Apabila minyak tadi panas, curahkan ke atas ikan.
 
 
 

Resepi Kek Batik



Cara-Cara:

1) Biskut Marie, dipatahkan dua (175gm )
2) mentega (125gm )
3) Susu Pekat (195gm )
4) Milo (100gm )
5) serbuk koko (13gm)
6) Kismis - Jika mahu (secukupnya)
7) Almond Nib (panggang terlebih dahulu) - Jika mahu (secukupnya)


Cara Masak:


1. Cairkan butter terlebih dahulu dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan biskut marie, dan gaul sehingga biskut disaluti campuran milo. Tutup api.
3. Masukkan kismis dan almond nib. Gaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastic. Susun dan tekan
biskut sehingga padat. 
5. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. 
Kemudian, kek batik bolehlah di potong dan dihidang.

Resepi Biskut Suji




Bahan-Bahan:

 1) tepung gandum (2 cawan )
2) gula halus (1 cawan)
3) minyak sapi (1 cawan )
4) Beberapa hirisan ceri untuk hiasan 

Cara Buat:

1.  Panaskan minyak sapi sehingga cair.
2. Kemudian tuangkan minyak ke dalam bekas, dan gaulkan bersama gula kastor.
3. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan, dan gaul rata.
4. Bentukkan adunan kecil-kecil.
5. Bakar pada suhu 150 darjah celcius, selama 15 minit. 
Biskut suji sedia untuk dihidang.


Resepi Pavlova



Bahan-Bahan:

1) putih telur (105gm )
2) gula kastor (150gm )
3) esen vanilla (3/4 sudu kecil )
4) cream of tartar (1/2 sudu kecil )
5) tepung jagung (3/4 sudu besar)
6) Buah-buahan segar sebagai hiasan, seperti strawberry, peach, atau kiwi.

Bahan custard cream filling
1) whipping cream (200gm )
2) susu segar (1/2 cawan)
3) kecil vanilla (½ sudu)
4) kuning telur (1 biji )
5) gula kastor (33gm )
6) tepung kastard (13gm )
7) mentega (25gm )

Cara Buat:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula kastor bersama cream of tartar ke dalam adunan, dan pukul dengan kelajuan yang tinggi.
3. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan tepung jagung. pukul lagi adunan dengan kelajuan yang tinggi sehingga adunan sebati.
4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle no. 12. Paip adunan ke atas kertas parchment mengikut kreativiti sendiri.
5. Kemudian, Bakar pada suhu 130 darjah celcius, selama 1jam 10minit, atau sehingga lapisan atasnya kering.
6. Biarkan ia sejuk di dalam oven.

Cara membuat Custard Cream Filling:
 1. Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
2. Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana. 
3. Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
4. Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi. 
5. Akhir sekali, letakkan creamcheese filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
Resepi pavlova sudah pun siap untuk dihidang. 

Kek Mentega



Bahan-Bahan:
1) Mentega (125g )
2) Gula Pasir (100g )
3) Tepung Gandum (125g )
4) telur (3 Biji)
5) Esen Vanila (1 Sudu besar)
6) Serbuk Penaik (1/2 Sudu kecil )
7) Bikarbonat Soda (1/2 Sudu kecil )

Cara Buat:

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan serbuk penaik, bikarbonat soda, dan juga tepung gandum.
4. bakar pada suhu 180c selama 45 minit.
Kek mentega sedia untuk dihidang

Biskut Cornflakes

Bahan- Bahan:

1) mentega (200 gm )
2) gula castor halus (150 gm )
3) telur kuning (1 biji)
4) cornflakes hancur / emping jagung hancur (100 gm)
5) tepung jagung, diayak (100 gm )
6) tepung redrose, diayak (190 gm )
7) esen vanilla (1 sudu kecil)
8) kuning telur, dan beberapa kepingan cornflakes untuk topping

Cara Buat:

1. Pukul mentega, gula castor,esen vanilla dan telur kuning sehingga sebati.
2. Apabila sebati, masukkan cornflakes hancur. 
3. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung redrose. uli adunan hingga sebati.
4. Seterusnya, tekap doh dengan acuan yang di sukai.
sapu permukaannya dengan kuning telur, dan hias dengan kepingan cornflakes.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
6. Sedia untuk dihidang.

Resepi Daging sos Tiram

Bahan-Bahan:

1) daging tanpa lemak (600 g )
2) sos tiram (60 g (6 sudu makan))
3) lada sulah (8 g (2/3 sudu makan) )
4) gula (5 g (1 sudu teh) )
5) minyak sayuran (25 g (3 sudu makan) )
6) air (200 ml (1 cawan))
7) halia, dihiris nipis (30 g (6 sm) )

Digiling
1) bawang merah (150 g (15 ulas) )
2) bawang putih (30 g (6 ulas))

Bahan hiasan
1) bawang besar, dipotong bulat (90 g (1 biji) )
2) cili merah, dipotong panjang dan dibuang biji (30 g (3 biji) )
3) daun sup ( 1 batang )
4) daun bawang (1 batang )

Cara Masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan halia, lada sulah dan bahan yang telah digiling halus.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan daging dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan bawang besar dn cili merah, gaulkan dan angkat.
6. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan.

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan

1) Daging batang pinang (500g)
2) Limau nipis (1 biji)
3) Bawang merah - dipotong halus (2 ulas)
4) Cili merah - dihiris nipis (2 biji)
5) Serbuk kunyit (sedikit)
6) Garam (sedikit)


Cara-caranya


Cara-caranya, potong nipis daging merentangi uratnya supaya mudah dikunyah.

Setelah itu, belah empat limau nipis dan perahkan airnya ke atas daging yang dipotong tadi.

Kemudian, masukkan serbuk kunyit diikuti dengan garam. Gaul hingga sebati dan perap seketika.

Selepas itu, panaskan minyak dan goreng daging tadi. Balik-balikkan supaya daging masak sekata.

Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.

Seterusnya, panasakn sedikti minyak dan tumis bawang merah.

Apabila bawang layu, masukkan cili merah dan goreng hingga sedikit garing.

Akhir sekali, masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati.

Daging dendeng sedia untuk dihidang.

Resepi Puding Kastard

Bahan puding kastard

Tepung Kastard - 1 Cawan
Gula - 1/2 Cawan
Air - 5 1/2 Cawan
Susu Pekat - 1 Cawan

Bahan kuah fruit cocktail

Fruit Cocktail - 1 Tin
Susu Cair - 1 Tin
Air Panas - 1 Tin (Guna sukatan Tin Susu Cair)
Gula - 1/2 Cawan
Nata de Coc0
 
Cara membuat puding kastard

1. Masukkan Tepung Kastard dan �Air kedalam bekas. Kacau hingga tepung larut.�
2. Kemudian masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau lagi hingga bancuhan sebati.
3. Tapiskan bancuhan ke dalam periuk.�
4. Masak di atas api sederhana dan kacau sentiasa hingga likat dan berat. (Kena banyak2 sabar le mase ni..)
5. Tutup api. Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.

Cara membuat kuah fruit cocktail

1. Air Panas, Gula dan Air Fruit Cocktail (Asingkan buahnya dulu taw..) masukkan ke dalam bekas dan kacau hingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan Buah Fruit Cocktail, Susu Cair dan Nata de Coco.
3. Sejukkan di dalam peti ais.

Puding Kastard Fruit Cocktail sedia untuk dihidangkan dan sungguh enak dimakan sejuk.
Selamat Mencuba!

 
 










3 cara memasak kentang



Diatas ni ada 3 cara untuk memasak kentang. Saya suka sangat kentang, rebus dan masak dalam ketuhar. Anda pun boleh lah cuba buat cara-cara yang diatas ni. Janji simple!

Thursday, 26 July 2012

Resepi Cucur bilis ketumbar

Yang ni unik skit, saya terjumpa dalam satu blog nih. Dia taruh daun ketumbar. Bagi sesiapa yang suka daun ketumbar tu bolehlah cuba resepi ni.

Cucur Ketumbar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
semangkuk kecil daun ketumbar (di potong kasar)
2 genggam ikan bilis kecil (di rendam dalam air panas)
2 batang karot di parut
1 biji telur
1 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2  3/4 cawan air

Cara membuatnya :

Dalam mangkuk besar masukkan kesemua bahan-bahan untuk cucur ketumbar
dan gaul kan hingga sebati dengan air.
Panaskan minyak secukup nya dan bolehlah mula menggoreng.
Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cucur ketumbar kedalam minyak.
Balik-balikkan dah masak toskan ke atas tisu dapur, dah boleh di hidangkan.

Resepi Creme Puff

Saya dengan suami memang peminat tegar krim puff ni, kalau pergi memana mesti beli. Sekarang ni saya nak share 1 resepi yang saya share dari bloggers ni, nampak macam senang. Boleh lah cuba nanti



Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.

2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.

3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.

4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.

5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.


Bahan-bahan Kastard: 


1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cwn (250ml) susu segar
1 biji telur 


 1 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali mentega. Kacau rata menggunakan whisker.
2. Jerang atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sambil dikacau2 sentiasa sehingga kastad nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau2 lagi.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.


PS: kalau tak mau bubuh kastard boleh bubuh aiskrim tapi kena makan direk lah 

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - ikut suka nak bubuh atau tak

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Resepi Rich Chocolate Truffle Pie


  •  12 ounces semisweet chocolate chips
  • 1 1/2 cups heavy whipping cream
  • 1/4 cup sifted confectioners' sugar
  • 1 tablespoon vanilla extract
  • 1 (9 inch) prepared chocolate cookie crumb crust

Directions

  1. In microwave dish combine chocolate chips and 1/2 of the cream. Cook on high for 1 to 2 minutes, stirring every 30 seconds until smooth. Cool to room temperature. Stir in sugar & vanilla. Set aside.
  2. In small bowl, beat the rest of the cream until soft peaks form. Beat in chocolate mixture on high speed 1/3 at a time. mix well and spoon into crust.
  3. Refrigerate at least 8 hours before serving. 
 

Cara nak buat cookies pie crust

Ingredients

  • 1 1/2 cups finely crumbled vanilla wafers atau biskut marie
  • 1/4 cup white sugar
  • 6 tablespoons butter, melted
  • 1/2 teaspoon ground cinnamon

Directions

  1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
  2. In a medium bowl combine the cookie crumbs, sugar, butter or margarine and cinnamon; mix until well blended. Press into a 9 inch pie plate.
  3. Bake in the preheated oven for 7 minutes. Cool.

Resepi Puding Karamel Guna Roti

Resepi ni pun nampak sedap dan yang pasti nya senang untuk dibuat dan ada gula hangus. jadi kita boleh tahu yang puding roti ni akan ada rasa manis dan berkrim! Resepi nie saya ambil dari salah satu blog yang saya tak ingat dimana, apa-apa pun terimakasihlah sebab sudi meng share kan resepi ni!

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat -saya letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Resepi Grandma's Egg Custard

Simple je resepi ni. utk pie crust dia kita boleh guna biskut marie yang digaul dengan butter then bakar dalam oven kejap untuk keraskan dia.

 

Ingredients

  • 1 (9 inch) unbaked pie crust
  • 3 eggs, beaten
  • 3/4 cup white sugar
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 egg white
  • 2 1/2 cups scalded milk
  • 1/4 teaspoon ground nutmeg
  • 3 drops yellow food coloring (optional)

Directions

  1. Preheat oven to 400 degrees F (205 degrees C).
  2. Mix together eggs, sugar, salt, and vanilla. Stir well. Blend in the scalded milk. For more yellow color, add few drops yellow food coloring.
  3. Line pie pan with pastry, and brush inside bottom and sides of shell with egg white to help prevent a soggy crust. Pour custard mixture into piecrust. Sprinkle with nutmeg.
  4. Bake for 30 to 35 minutes, or until a knife inserted near center comes out clean. Cool on rack.  

Wednesday, 25 July 2012

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit 

  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 
  3.  Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Ayam Berempah Kari Kaw

Cicah dengan roti pun sedap jugak. Kalu nak manis sikit taruh madu atau gula. Memang menyelerekan lah!


Bahan-Bahan:
Bawang Merah - 5 ulas (dihiris kecil)
Tomato - 1 biji (dihiris kecil)
Daun kari
Serbuk kari ayam
Ayam (dipotong kecil & digoreng terlebih dahulu)
Jintan putih
Jintan manis  
     
Cara:
Panaskan minyak, goreng bawang merah.
Masukkan daun kari, jintan putih dan jintan manis, tomato serta daun kari.
Masukkan ayam dan gaul sebati.