Resepi Kek Batik



Cara-Cara:

1) Biskut Marie, dipatahkan dua (175gm )
2) mentega (125gm )
3) Susu Pekat (195gm )
4) Milo (100gm )
5) serbuk koko (13gm)
6) Kismis - Jika mahu (secukupnya)
7) Almond Nib (panggang terlebih dahulu) - Jika mahu (secukupnya)


Cara Masak:


1. Cairkan butter terlebih dahulu dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan biskut marie, dan gaul sehingga biskut disaluti campuran milo. Tutup api.
3. Masukkan kismis dan almond nib. Gaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastic. Susun dan tekan
biskut sehingga padat. 
5. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. 
Kemudian, kek batik bolehlah di potong dan dihidang.

Comments

Popular Posts