Cucur Kacang Dhal ( vadai )

Saya memang peminat vadai, kalau pegi penang or masjid india, mesti beli punya. Minat tapi buat tu jarang sekali. Tapi sejak tinggal di Langkawi ni, rasanya tak ada orang jual cucur vadai. Kalau nak makan pun time pegi kl or penang lah. Skrang kalau rasa nakmakan sangat pun, terpaksalah membuatnya sendiri. Tepung gandum tu, kita agak-agak je lah, biar semua melekit kira dah okey dah tu.


Bahan-Bahan: 

1-½ cawan kacang dal
tepung gandum
air sejuk (petiais)
segenggam daun kari
garam
gula
Bahan2 Dihiris halus
1 labu bawang besar
5 biji cili merah

Bahan utk dikisar/ditumbuk separa halus
½ cawan udang kering
Cara: Rebus kacang dal dengan air sehingga empuk (lebih kurang ~ 1 jam ). Tunggu kacang dal tu sejuk dulu. Setelah sejuk, masukkan tepung gandum dan air sejuk. Tepung gandum jangan banyak sangat biarlah secukupnya. Kacau rata. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah udang kering, daun kari, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Juka terlalu pekat, tambahlah air sejuk lagi. Buatlah jemput2 dan goreng dengan minyak panas sehingga masak.

Cadangan Hidangan: Hidangkan semasa panas-panas dengan sos cili.
 Tambahan: Tambah tepung gandum biarlah berpadanan dengan kuantiti kacang dal tu.

Comments

Popular Posts