Homestay Langkawi, LIMA 2013

    Tajuk hari ni lain sikit dari yang biasa. NI pasal Langkawi, sebuah pulau yang sungguh indah dan mendamaikan. Dulu kalau korang pernah datang ke Langkawi maybe dalam tahun 90-an tak banyak yang lain dari yang lain. Tapi kalau korang datang pada masa sekarang, korang boleh tengok betapa majunya Lankawi. Sekarang sudah ada highway, Banyak hotel-hotel dari 2 bintang hinggalah ke 6 bintang tau! shopping complex pun makin bertambah, dulu cuma ada 2 je shopping complex untuk para penduduk Langkawi melepak dan membeli barang rumah yaitu Langkawi Fair ( dekat Jeti ) dan Langkawi Parade. Sekarang ni tambah 2 lagi shopping complex yaitu Hj Ismail Group di pekan Kuah dan satu lagi Cenang Mall semestinya di Cenang lah kan.
     Kedai makan fastfood atau restoran pun dah banyak ada di Langkawi. Memula dulu KFC, sekarang dah ada MaryBrown, McDonalds, Kenny Rogers dah yang terkini dan terbaru adalah Secret Recipe dan juga OldTown! NI baru best sebab kita ada pelbagai pilihan kedai. kalau bosan yang itu boleh pergi yang ni. Memandang kan Oldtown baru je buka semalam, Jadi hari ni saya akan pergilah melawat hehehehhe ( nnt saya akan buat entry pasal kunjugan ke oldtown ) klik sini utk link ke Oldtown Cafe
     March tahun depan pula akan berlangsungnya pertunjukan udara yang sungguh terkenal hingga seluruh dunia yaitu LIMA 2013, rugi tau kalau sesiapa yang tak datang tengok. Memamng best lah bila tengok jet-jet pejuang tu beraksi. Kalau LIMA, sudah semestinya ramai orang yang akan datang ke pulau Langkawi dan ini akan menyebabkan semua bilik-bilik hotel dan chalet kehabisan, baik korang semua buat tempahan dari sekarang. Tak mahulah nanti sampai je ke Langkawi kena tido kat tepi jalan kan ( pernah terjadi kepada beberapa tourist ). Kalau korang datang dengan family yang besar, saya cadangkan korang sewa je homestay yang banyak di Langkawi ni. Tak ada masalah punya. Ni salah satu homestay yang baru siap dibina, 5 minit je nak ke airport langkawi

Ruang porch yang luas

Ruang tamu yang selesa ( ada airconditioner )

Dapur dengan kelengkapan asas

  Bilik tido

Cantik kan? jadi buat lah tempahan di De'Nyior Guesthouse. Ni laman facebook mereka De'Nyior Guesthouse, Langkawi 


Pergilah lawati laman web mereka ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga dan lain-lain!

Comments

Popular Posts