Tuesday, 24 July 2012

Resepi Ayam Masak Sweet Sour

Selalunya kita buat ikan sweet sour kan, now hari ini baru saya tahu ayam pun boleh buat sweet sour. Teruk kan? hehehhe .. Apa-apa pun, boleh cuba, dah barang barang pun semua lengkap kan

Bahan-bahan masak resepi ayam masak sweet sour;
1 mangkuk ayam (dipotong)- anggaran 200 gm
1/2 labu bawang besar+1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci lobak merah (dipotong dadu)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis
**untuk pekatkan lagi boleh juga tambahkan satu sudu besar sos tiram.
 
Cara-cara masak resepi ayam masak sweet sour;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar + bawang putih yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, sos cili, sos tomato, lobak merah dan air secukupnya untuk empukkan ayam. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.
4. Kemudian masukkan bawang, cili padi dan tomato yang dipotong ke dalam kuali.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa.

6. Masukkan air sedikit lagi dan tutup kuali seketika lagi kalau nak berkuah.
7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Credits to blogger blogger yang sudi share resepi mereka and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.