Sunday, 29 July 2012

Buffet Ramadhan Di Seaview Hotel

Kelmarin saya, en.suami dan rakan-rakannya berbuka puasa di Hotel Seaview, Langkawi. Sebenarnya tiap-tiap tahun saya dengan suami saya jadi pelanggan tetap hotel seaview kalau bab nak berbuka puasa di hotel ni. Bukan apa, saya rasa pilihan makanan dia dari appetizers hinggalah ke dessert memanglah banyak dan harga dia pun murah tau!
So kelmarin lauk yang saya target is Kaki Kambing Panggang n my en.suami pulak ketam masak lemak. Ok lah si en.suami dapat lah penuhi hajat dia untuk makan ketam tu coz memang dia hantu ketam kan... hehehhe .. tapi saya terkilan lah sebab tak sempat nak merasa kaki kambing bakar tu sebab time kami nak ambil sudah habis dan diaorang tak ada stok, just 1 feet only not all 4.. duhh rasa nak marah pun ada.. tapi sabarlah kan.. 
Then alkisah satey tulang ayam pula, rasanya dia memanglah sedap tapi kan.. ada setengah batang tu rasa macam dah nak basi lah?? WHY??? selalunya pada tahun tahun lepas tak pernah lah jadi macam ni lagi.. ok jee.. makanan semuanya cukup. Ada terpikir nak tanya kat staff diaorang tu sate tu lama ke yang baru sebab rasa basi. Tapi malas lah nak tanya.
Then makanan yang lain tu semua nya ok, just kekadang tu diaorang lambat refill and banyak orang. bila banyak orang tu faham faham lah.. satu satu group tu buat style makan berhidang not buffet style. ayam 1 pinggan, kuih 1 jenis 1 pinggan, dan lain lain pun 1 pinggan. Patutlah saya tak sempat nak merasa kaki kambing tu sebab semua ambil 1 pinggan and buat hidang kan?? kalau makan habis tak apa lah juga.. Redha lah juga tapi yang tak best nak tengok tu, tak habis. Setengah tu tak bersentuh langsung. 1 pinggan kuih pula tu. Lain kali lah please lah ambil sedikit-sedit then bila tak cukup pergi tambah lagi. no need to be tamak k?

Chou!


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.