OldTown Cafe, Pantai Chenang, Langkawi

Seperti yang dijanjikan, saya akan membuat entry tentang hasil kunjugan saya yang pertama sekali di Oldtown Cafe di Langkawi. Bagus lah sejak akhir-akhir ni langkawi mempunyai pelbagai variasi restoran yang terbaru. Kalau tak, asyik-asyik KFC/McDonalds/Marrybrown or kenny Rogers je kan. Jemulah juga. Tapi tahun ni 2013, Langkawi dapat 2 buah restoran yaitu Secret Recipe dan juga Oldtown Cafe. Teruja lah juga. Harap-harap lepas ni adalah orang nak buka Chili's ke.. kan?
Masuk-masuk je ke Oldtown, hampir semua meja sudah penuh. Baik tempat didalam bangunan ataupun luar ( kalau dudk luar best juga, tak panas sebab ada angin yang kuat sambil menikmati pemandangan pantai sejauh mata memandang ). Bagi kunjungan hari ni, saya memilih tempat duduk didalam, nak suasana sejuk. Seperti biasalah, interior design Oldtown sangat cantik dan teratur ( yang paling penting disetiap meja ada disediakan plug utk laptor or others gadget ) Banyak jugak lah mat mat saleh ber 'Skype' dengan kawan diaorang yang jauh tu kan.
Masalah sikit, makanan yang kami order tu mengambil masa yang cukup lama. Dah lah lama, boleh tersilap pula makanan saya. ishh ishhh ishh.. then kami order roti double that is kaya and butter, dalam masa 40 minit baru nak siap, itu pun selepas seorang waiter ni tersedar yang kami masih tak dapat makanan kami tu.. hurmmm.. mungkin sebab baru keje kot? still blur?
Then bila dah dapat roti kaya and butter tu, sedih gak lah coz tak sama macam yang dalam gambar. Kan dalam gambar tu butter dia 1 inci tebal dan 1 inci lebar, tapi yang kami order tu lebar n tebal dia cuma 1 cm je.. rasa macam ditipu jugak lah ( nyesal tak snap gambar ) tak pe, lepas ni kalau masalah ni masih berlarutan saya akan snap gambar kan?
Overall ni ok lah untuk hari ke-3 operasi, harap-harap after this everything is fine :)
that's for today heheheheh


lepas makan nasi , kita order roti pula!! :)

 
tetiba dapat surprise! Best! buku nota ala2 diary utk pengunjung terawal di OldTown Cafe, Langkawi

Comments

Popular Posts