Thursday, 26 July 2012

Resepi Cucur bilis ketumbar

Yang ni unik skit, saya terjumpa dalam satu blog nih. Dia taruh daun ketumbar. Bagi sesiapa yang suka daun ketumbar tu bolehlah cuba resepi ni.

Cucur Ketumbar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
semangkuk kecil daun ketumbar (di potong kasar)
2 genggam ikan bilis kecil (di rendam dalam air panas)
2 batang karot di parut
1 biji telur
1 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2  3/4 cawan air

Cara membuatnya :

Dalam mangkuk besar masukkan kesemua bahan-bahan untuk cucur ketumbar
dan gaul kan hingga sebati dengan air.
Panaskan minyak secukup nya dan bolehlah mula menggoreng.
Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cucur ketumbar kedalam minyak.
Balik-balikkan dah masak toskan ke atas tisu dapur, dah boleh di hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.