Tuesday, 24 July 2012

Mee Rebus Udang 9 guna spaghetti

1 cawan air
1 kiub pati ayam ( ros guna jenama maggi)
Bahan-bahanye

2 ikat spagetti
300 gram udang saiz sederhana
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe) boleh diganti dengan sedikit udang kering
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan atau chikuwa ( jejari ikan jepun)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 kiub pati ayam ( ros guna jenama maggi)

bahan sampingan
1/2 ikat sawi ( kalau guna kangkung lagi sedap)
2 biji telur rebus
bawang goreng
sedikit tauge


Caranye
1. Mula-mula asingkan isi dan kulit udang, kulitnya dicampur dengan 1 cawan air dan direbus sebentar hingga mendidih, untuk dijadikan stok, tapiskan air stok tadi dan ketepikan, kemudian ambil separuh isi udang dan campurkan dengan sedikit air, kisar halus dan ketepikan,  seleps itu blender pula bawang besar, belacan dan bawang putih kemudian panaskan minyak dan  masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kacau selalu.
2. Setelah bahan tumis garing masukkan, isi udang yang dikisar tadi, air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. Masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, pastikan kuah naik minyak dan gunakan api yang perlahan bagi mereneh kuah, takut nanti santan pecah minyak dan kuah menjadi cair. pastikan di kacau selalu.

3. Rebus sphagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam serta beberapa titik minyak masak dalam air rebusan. angkat dan toskan.

4. Celur sawi dan tauge, kemudian rebus telur serta baki isi udang hingga masak, setelah semua bahan sedia, cara penyediaanya, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian atur udang, sawi, telur rebus, tauge diatas permukaan spaghetti dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, kemudian curahkan kuahnya,  sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.


 Credits to bloggers and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.