Saturday, 21 July 2012

Resepi Buah Melaka

Resepi ni saya ambil dari laman web KR, terima kasih sebab men sharekan resepi, akan ku buat kuih ni untuk berbuka puasa.

Bahan-Bahan (5-6 orang)
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.