Thursday, 2 August 2012

Tiket Feri Langkawi Sempena Hari Raya

Kepada sesiapa yang nak balik kampung di Langkawi atau orang yang stay di Langkawi dsan nak beraya di semenanjung, anda diminta membeli tiket feri sehari masa bertolak. Masa perjalanan pun sudah diubah sedikit sempena puasa.
Berbalik kepada tiket feri. Bagi orang yang tinggal di Langkawi mungkin tidak bermasalah sebab dekat dengan jeti kan, bila bila boleh pergi beli tiket tu. Tapi terpikir gak bagi yang tinggal di semenanjung, payah lah nak membeli sehari sebelum. Silap silap sampai je di jeti kuala kedah atau perlis, tiket dah habis kan? Dah lah nak kena beratur panjang untuk membeli tiket tu. Parking pun payah nak cari di jeti dan orang ramai dengan beg berbelas belas biji.
Apa-apa pun, saya harap tahun ni proses membeli tiket dan seating didalam feri semuanya ok, tak ada masalah.

SELAMAT MEMBELI TIKET U ALLs!!


Wednesday, 1 August 2012

Tips Buffet ramadhan buffet di Langkawi

Ni saya nak bagi tips or info pasal buffet di ramadhan di Langkawi:

  1. Tok senik Resort, kalau kita just pergi je anda akan dicharge rm23 seorang dewasa tapi kalau korang beli voucher kat sales diaorang cuma rm20 je.
  2. DeBaron Resort, Kuah, harga buffet diaorang ialah rm29.90 seorang dewasa. Kalau korang book awal dan menjadi diantara orang yang 10 pertama hari tu, anda akan dapat dengan harga rm19.90. Murah dan berbaloi kan?
  3. Seaview Hotel pula, harga rm29 seorang dewasa tapi kalau kita pergi dengan 5 orang sahabat, dapat harga rm27 seorang. Beruntungkan?
  4. Grand Continental Hotel pula harga rm33 seorang dewasa. Jangan pergi walk in je, pagi tu korang call dulu dan reserve meja, diaorang akan bagi dengan harga rm28 seorang. tak payah nak membayar rm33 seorang. Jauh beza tu kan?
Yang lain-lain tu standard lah. bawak 10+ dapat free 1. tak best sangat melainkan nak pergi 1 ofis oke lah tu.. Papepun, buat lah perancangan awal ok!

Pinterest

Banyak dah hari sebenarnya hajat dihati nak mempelajari dan menhegetahui lebih lanjut berkenaan PINTEREST ni tapi tak berkesempatan.. sebok memanjang kan .. hehehhe..
So hari ini saya berkesempatan melihat dan sudah mempelajari serba sedikit apa itu PINTEREST dan ia memang sesuatu yang interesting! 
Ala-ala buku nota kita dah tetapi didalam alam maya. Kalau kita tengah membaca blog or terpandang gambar yang cantik, kita boleh pinkan ke PINTEREST kita dan kita boleh tengok dimasa yang lain . Ala ala bookmark tapi more canggih coz kita boleh follow orang lain yang mempunyai sama interest dengan kita! 
Apa yang kita pin pun kita boleh share ke FACEBOOK or TWITER so 2 in 1 lah. Log in melalui facebook kita pun boleh, jadi senang sikit no need to remember password or anything new kan?
GO take a look at my PINTEREST ya!