Tiket Feri Langkawi Sempena Hari Raya

Kepada sesiapa yang nak balik kampung di Langkawi atau orang yang stay di Langkawi dsan nak beraya di semenanjung, anda diminta membeli tiket feri sehari masa bertolak. Masa perjalanan pun sudah diubah sedikit sempena puasa.
Berbalik kepada tiket feri. Bagi orang yang tinggal di Langkawi mungkin tidak bermasalah sebab dekat dengan jeti kan, bila bila boleh pergi beli tiket tu. Tapi terpikir gak bagi yang tinggal di semenanjung, payah lah nak membeli sehari sebelum. Silap silap sampai je di jeti kuala kedah atau perlis, tiket dah habis kan? Dah lah nak kena beratur panjang untuk membeli tiket tu. Parking pun payah nak cari di jeti dan orang ramai dengan beg berbelas belas biji.
Apa-apa pun, saya harap tahun ni proses membeli tiket dan seating didalam feri semuanya ok, tak ada masalah.

SELAMAT MEMBELI TIKET U ALLs!!


Comments

Popular Posts