Friday, 15 November 2013

Guesthouse/Homestay rm150 di pdg matsirat, Langkawi

assalammualaikum adik kakak

Hari ni saya nak promote guesthouse saya atau lebih dikenali sebagai homestay lah ye . Memandangkan cuti sekolah pun baru nak bermula, saya pasti mesti ramai adik, kakak, pakcik makcik, abgsemua nak cari tempat menginap yang  murah dan boleh memuatkan 1 family yang besar kan? 

Memperkenalkan  De' Nyior Guesthouse yang berada di Padang matsirat, 5 minit dari air port Langkawi dan 20 minit dari jeti feri kuah. 15 minit ke pantai cenang


 Ada 3 buah rumah kesemuanya

Setiap rumah mempunyai keluasan dan bilangan bilik tidur dan tandas yang sama. Jadi jangan risau lah rumah tu ada berapa bilik? rumah ni ada berapa bilik kan? semuanya adil dan saksama

Bisnes keluarga yg terletak di tengah-tengah Pulau langkawi. Kami menyediakan 3 biji rumah yg baru siap dibina pada oktober 2012. Anda boleh menyewa harian/mingguan. Setiap rumah mempunyai 3 bilik tido(2 bilik dilengkapi aircond+kipas. 1 hanya kipas)total katil 1 queen+ 3 single bed, 2 tandas moden,jadi anda tak perlulah berebut giliran kan? hehhe. Dapur dengan kelengkapan asas dan ruang tamu. Keluasan rumah ialah 24x44. Setiap rumah mempunyai porch masing-masing dan juga laman yang luas. oh ya, satu lagi,
seluruh rumah kami berlantaikan tile.. xde simen hitam ok!
 
Harga: Hari biasa ke public holiday tetap sama yaitu rm150 semalam! apa tak caye ke? percayalah.. memang murah. sapa yang x nak kan dapat tempat penginapan yang murah, boleh save budget dan bolehlah shopping sakan dengan duit yang lebih tu. Kenapa nak menyewa bilik hotel ataupun chalet dengan harga yang sama ataupun lebih mahal utk mendapat sebuah bilik yang kecil kan? then datang dengan family yang besar.. berapa banyak bilik nak tempah? rm150x5buah bilik = rm750 sehari!
Kalau menginap di guesthouse kami yg berharga cuma rm150 sehari, anda akan mendapat sebuah rumah yang lengkap didalam kawasan berpagar lagi untuk keselamatan anda sekeluarga


Untuk booking, kami akan mengambil deposit utk 1 hari untuk 1 rumah dan pada hari check-in, anda diminta membayar rm50 untuk deposit kunci dimana bila anda check-out, kami akan pulangkanya.

Sabun dan syampoo akan disediakan,tuala akan diberi 5 helai sahaja.

Masa check-in: 2:00 tghr
Masa Check-out : 12 tghr

ini gambar-gambar dalaman guesthouse kami

 ruang tamu yang luas


salah satu bilik air didalam masterbedroom. yang di luar lebih luas dan besar
 
 yerp.. ruang tamu lagi

 ruang makan utk seisi keluarga

 di Halaman rumah yang berpagar. Psst.. sekrang ni halaman rumah ada pokok buluh yang rendang. boleh bersantai2 bersama keluarga di petang hari.

 Bilik tidur utama yang ber aircond/ kipas siling dan toilet

Ruang dapur

untuk tempahan boleh lah menghubungi khalik 0194714498 wechat/viber
ataupun terus ke page guesthouse kami:

De'NyiorGuesthouse, padang matsirat Langkawi


Ingat tue, Harga cuma rm150 semalam sahaja! rugi saper yang tak menginap di sini

Wednesday, 13 November 2013

Sabun Thanaka


Assalammualaikum

Disini saya nak promote barang baru, mungkin selama ni kita selalu dengar pasal bedak thanaka kan? ala yg kena pakai mcm bedak sejuk tu.. 
tapi sekarang diaorang ada buat dalam bentuk sabun. Jadi lebih senang lah kerja kita dan dia tidak akan meninggalkan debu bedak tu bila kering. Sabun thanaka ni macam sabun susu beras lah.. basahkan time kita mandi dan gosoklah dimuka dan di badan.. Lepas tu badan kita akan berbau harum je.. Sabun Thanaka ni berbau honey & lemon.. memang nyaman je bau dia.. kita pakai pun seronok , macam kat spa je tp walhal kat rumah sendiri.



Sabun ini elok untuk mengecutkan jerawat dan pudarkan jeragat. dan boleh juga memutihkan kulit. kesan tu berlainan dengan orang lain lah. Macam saya ni yang selalu pakai .. ok.. alhamdullilah setakat ni tak ada masalah. kalau tak muka saya ni bila datang je tengahari mesti kulit berminyak. Tapi sekrang sejak pakai sabun Thanaka ni.. ok je.. xde berminyak minyak dah.. senang pun senang nak pakai. Menjimatkan lagi ade.. 1 sabun tahan sebulan lebih ( kalau share dgn suami lah ) tapi ada yg satu lagi tu saya guna sesorang, dah dekat 2 bulan dah tak habis habis lagi. pakai skit dah berbuih dah..




Kalau berminat hendak mencuba, boleh,. dipersilakan. harga dia cuma rm8 je sekotak.. tak mahal. bayangkan lah boleh tahan sampai 2 bulan tue! kalau ambil banyak boleh kurangkan sikit. Harga ni tak termasuk postage ye.. postage tambahan rm5 utk semenanjung dan rm7 utk s/s

Berminat boleh komen di bawah ni atau pun nak fast reply boleh MESSAGE di page saya

kachak-kachak by khalina


penghabisan Stok Shawl Glitters

Assalammualaikum 

Ada berita baik kepada sesiapa yang nak memakai shawl shimmer or glitters ni.. Saya nak buat jualan penghabisan stok.. sebab kaler dah tak tinggal banyak jadi nak jual murah2 je...

DETAILS:

58" X 19.5"

RM15 ( x termasuk pos )

postage rm5, rm7 s/s

kalau ambil semua free poslaju ye.. mana tahu kot ada sesiapa nak memulakan bisness shawl ni. 
Mungkin setengah akan berkata.. mahalnya tapi kena tengok mutu dan jenis kain lah ye.. jgn terus cakap mahal sebelum membandingkan harga tue.. ada yg rm15 diaorg jual di kedai glitters nye tak menyerlah mana pun.. nampak macam berkilat cam tu .. tapi shawl saya ni memang nampak gliters sebijik bijik.. memang cantik lah bila dipakai dengan baju simple..

jom pilih pilih .. usha usha
kot kot berkenan kan
:)





Cantik kan? tinggal kaler ni je ..

boleh komen ataupun Pm di facebook saya ye..

kachak-kachak by khalina 

tq


Bedak Arab Kokuryu

Assalammualaikum Blogger kesayangan! .. ( ce ce ce.. ade org baca ke tak nie? kalau ada yg membaca sudi2 lah komen dibawa ye!)


Tajuk hari ni saya nak bercerita dan bertanya berkenaan dengan bedak arab yg sesangat lah popular tu. saya nie asyik dengar org ramai yg membeli bedak arab ni dan melihat gambar2 testimoni kawan kawan di luar sana, yak ni bila diaorang memakai je bedak arab tu, muka diaorang automatik transform jadi putih putih gebu gebu gitu hehehhe..

 

So , saya pun celapak pergi ke kedai dan membeli lah 1 bedak arab CHERRY PINK utk kulit cerah putih ( tuan kedai yg rekomen ni ) tp yg ni saya ambil gambar bedak kokuryu ORANGE BLUSH yg mak saya punya.. waahhh sampai ke mak pun terbeli sama .. hehehhe



So, cam biasa.. google dan baca arahan macamana nak pakai bedak ni.. x cukup info kat belakang kotak.. nak juga juga google dan tgk youtube.. zaman canggih.. mestilah guna kemudahan dihujung jari kan? kalau tak sia-sia lah membayar bil internet bulan-bulan tue ...


1st dia suruh basahkan span. so saya pun basahkan span then tonyoh di bedak kuat skit, sebab 1st time pakai kan.. nak bagi keluar lah bedak tue.. x cukup tonyoh dengan span, last2 last saya tonyoh pula dengan jari saya.. hahahha.. gelojoh dan nak tengok betul ke ada bedak yg keluar coz kat span tu bila tengok putih je.. cam xde bedak yang melekat kat span tu.. 




2nd sapukan di muka dari dagu keatas. sapu .. sapu.. sapu.. memula tue mmg x nampak bedak pun.. nampak dan rasa sejuk air jer.. tunggu 1 minit, air tu dah kering bila tengak kat cermin baru nampak bedak tu.. wallah! mengujakan pun ada .. macam magik pun ada!..
tapi mmg dia mcm berdebu ke? kan bila kita pakai dia bercapuk capuk.. so kita sapu sapu guna tangan kita utk sekatakan kulit permukaan. MMg result dia mcm tu ke?

Memang rasa macam kita tak pakai bedak pun, ringan je rasa.. org kata muka kita if berpeluh lagi cantik kan? tapi bagi saya, saya tengok mcm tu je.. sama je.. suami pun ckp mcm x pakai bedak n x jadi tepung gomak mcm org lain pakai.. dia just tutup nipis je.. kenapa ek? mmg sepatutnya macam tu ke atau dapat yg x ori? tapi bau kotak dan emboss dia semua sama.. MADE IN PHILIPINES lagi. bukan made in china. Then ada desas desus ckp kalau kita beli bedak arab yg x dapat span brand kokuryu tu pun bukan ori. Ade satu kedai ni time saya nak membeli, dia ada ckp xde span kokuryu sbb habis stock tp dia akan gantikan dengan span yg sama cuma xde brand kokuryu je.



Tapi kalau tengok muka saya dalam gambar memang cantik lah kulit muka saya jadi, halus glowing dan sekata.. yg tu mmg nampak kesan ketara lah and i like it! Wangi pun wangi lah.. adakah saya akan beli lagi lepas ni? Dunno.. tgk macam mana dlu.. mana tahu ade bedak baru pula kan? tapi sekarang saya ada bedak gluta spf25 dari brand Cathy Coo yg juga formulated from korea. so mungkin pakai bedak tue pula bagi habis then akan saya bagi review ye..

Sape sape yang otai dalam pemakaian bedak arab kokuryu ni boleh lah share pengalaman. cam macamana hasil bedak tu lepas air dah kering, selepas pakai 5 jam nampak macam mana. n paste ur blog link sama..  boleh i pegi baca n ber blog walking ... 

Bye! 
Jom make up!