Sunday, 25 November 2012

Tune Hotels promo 0.25 rates!

Sekarang ni kan tune hotel tengah mengadakan promosi bilik dengan harga serendah 0.25! jadi sesiapa yang berhajat nak bercuti ke thailand or jakarta tu boleh lah buat tempahan cepat cepat sebelum disambar oleh orang lain kan? Bagi saya lah, lebih baik stay di Tune hotel daripada menempah di hotel hotel lain yang kita tak pasti lagi kecantikkan dia dan kekemasan dia kan? Dah lah mahal pula tu. Untuk promo kali ni, saya tempah untuk Tune Hotel Pasar Baru, dengan harga rm40 untuk 2 malam sekali dengan cosy pakej. murah kan? memang berbaloilah. so sekarang ni target nak cari tiket flight pula. 

Oh ya! Pada promo bilik Tune hotel yang berharga 0.02 tu saya beli juga tau! saya beli di Legian, Bali untuk 4h3m berharga 40sen sahaja!! memang x msuk akal tapi itulah kebenarannya.. then saya pun tempah lah pula bilik di Tune Hotel 1Borneo untuk 3h2m denagan harga 2sen! haha.. memang berbaloi. Murah lagi daripada kita bayar masuk toilet kan? 
Jadi moh le kita ke Tune Hotel untuk membuat tempahan







Langkawi bulan 12

Seperti sedia maklum,sekarang ni musim cuti sekolah jadi ramailah para ibubapa nak bawa anak-anak berjalan ke Langkawi kan? Langkawi ni boleh dikatakan satu pulau yang perfect. 

Ialah bagi kanak-kanak macam-macam boleh diaorang buat cam mandi pantai, main pasir, tengok ikan yang cantik cantik unik dekat Underwater world, tgk kuda kat taman kuda, tengok arnab dekat cable car, tengok beraneka jenis burung kat Langkawi bird park. oh! jangan dilupakan, kat Langkawi ni nak tgk gajah dan harimau pun boleh.. semua dekat cable car je
Bagi para isteri .. jeng jeng jeng.. semesti lah target nak bershopping kan? sini pinggan mangkuk memang banyak lah.. bebas cukai pula tu! Para isteri boleh pergi ke kedai Hj Ismail group ataupun Idaman suri dan juga Ram's.. kedai kedai kecil pun ada mcm Zeno. Sini pun beraneka jenis cokelat ada. sebut saja, mesti dapat punya. Setengah tu, tak dijual di semenanjung. SO, sape-sape yg nak kawin disarankan beli cokelat yang comel comel untuk dibuat door gift!
And lastly, para suami .. yang merokok boleh borong rokok rokok yang murah ( bukan menghasut nak suh hisap bebanyak tp itulah hakikatnya kan?) or beli minyak angin n gamat (ape kena mengena dgn kaum laki erk?) or sesiapa yang lasak boleh pergi island hopping, scuba di pulau payar ataupun mendaki tangga seribu harapan

So ni jelah secara ringkasnya aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan sempena bercuti di Langkawi. Bagi saya yang sudah sememangnya stay di Langkawi, ingat nak pergi bercuti di Singapore. Pulau jugak kan? nge nge ngeee ..

SELAMAT BERCUTI YOU GUYS!!