Sunday, 29 July 2012

Buffet Ramadhan Di Seaview Hotel

Kelmarin saya, en.suami dan rakan-rakannya berbuka puasa di Hotel Seaview, Langkawi. Sebenarnya tiap-tiap tahun saya dengan suami saya jadi pelanggan tetap hotel seaview kalau bab nak berbuka puasa di hotel ni. Bukan apa, saya rasa pilihan makanan dia dari appetizers hinggalah ke dessert memanglah banyak dan harga dia pun murah tau!
So kelmarin lauk yang saya target is Kaki Kambing Panggang n my en.suami pulak ketam masak lemak. Ok lah si en.suami dapat lah penuhi hajat dia untuk makan ketam tu coz memang dia hantu ketam kan... hehehhe .. tapi saya terkilan lah sebab tak sempat nak merasa kaki kambing bakar tu sebab time kami nak ambil sudah habis dan diaorang tak ada stok, just 1 feet only not all 4.. duhh rasa nak marah pun ada.. tapi sabarlah kan.. 
Then alkisah satey tulang ayam pula, rasanya dia memanglah sedap tapi kan.. ada setengah batang tu rasa macam dah nak basi lah?? WHY??? selalunya pada tahun tahun lepas tak pernah lah jadi macam ni lagi.. ok jee.. makanan semuanya cukup. Ada terpikir nak tanya kat staff diaorang tu sate tu lama ke yang baru sebab rasa basi. Tapi malas lah nak tanya.
Then makanan yang lain tu semua nya ok, just kekadang tu diaorang lambat refill and banyak orang. bila banyak orang tu faham faham lah.. satu satu group tu buat style makan berhidang not buffet style. ayam 1 pinggan, kuih 1 jenis 1 pinggan, dan lain lain pun 1 pinggan. Patutlah saya tak sempat nak merasa kaki kambing tu sebab semua ambil 1 pinggan and buat hidang kan?? kalau makan habis tak apa lah juga.. Redha lah juga tapi yang tak best nak tengok tu, tak habis. Setengah tu tak bersentuh langsung. 1 pinggan kuih pula tu. Lain kali lah please lah ambil sedikit-sedit then bila tak cukup pergi tambah lagi. no need to be tamak k?

Chou!


Saturday, 28 July 2012

Bersahur Di ...?

Kelmarin saya dengan en.suami bersahur di Mc Donald's Chenang. Apa? Chenang you say? iye chenang.. jangan terkejut ye. Sekarang chenang dah ada McDonalds , 24 jam lagi tau. Yang ruginya sikit xde drive thru. kalau ada drive thru lagi ok. No need turun turun dari kereta kan? Lokasinya bersebelahan dengan Langkawi Underwater. Takkan miss punya. Jadi sekarang ni di Chenang dah banyak dah fastfood. Ada oldtown, starbuck, The Loaf , Bread History and the latest is Mc Donalds!

 Background decor



This is me!!!

Friday, 27 July 2012

Buffet Ramadhan Langkawi 2012

Tahun ni seperti biasa banyak hotel-hotel yang membuat promosi Buffet Ramadhan. Jenuh jugalah nak memilihnya, yang penting budget kena tengok dulu ye... jangan main hentam pergi je nanti time raya tak ada duit dah kan?
So dibawah nie disenaraikan separuh daripada hotel-hotel dan senarai harganya:

  1. Hotel Grandcontinental = rm33 dewasa
  2. Hotel Sheraton = rm88 dewasa tapi yang ni memang tipt top lah. semua sedap. Tahun lepas saya dengan suami pergi sana 2 kali tau!
  3. Hotel Helang = rm33 Dewasa
  4. DeBaron Resort = rm29 dewasa tapi kalau kita orang yang ke-10 kita akan dapat dengan harga rm19.90! Berbaloi kan?
  5. Bella Vista Kuah = Rm35 dewasa
  6. Bella Vista Padang Matsirat = rm30  ( beza antara dua ni ialah bella vista di kuah ada kambing bakar n dekat pdg matsirat aiskrim goreng )
  7. Hotel Seaview = Rm30 Dewasa
  8. Mutiara Bay = Rm49 dewasa
  9. Tok Senik Resort = rm23 dewasa tapi kalau kita beli kupon harga rm20 (kena call sales person)
  10. Hotel Bayview = rm60 dewasa. If pergi sebelum 1 ogos dapat 20% diskaun
  11. Myhotel = Rm33 atau rm35 dewasa. Not sure
  Yang ni jelah selection yang saya ingat buat masa ni, nanti kalau ada news baru i will update u'oll k?
Jadi what are you waiting for? Jom serbu lah!

cara nak dapat harga diskaun di Buffet ramadhan langkawi

Ikan Masak Kicap Taucu





Bahan-Bahan:

1) Ikan cencaru (1 ekor )
2) Taucu (7 sudu )
3) Kicap (5 sudu )
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang merah (2 ulas )
6) Bawang besar (1/2 biji)
7) Cili padi dibelah 2 (4 biji )
8) Cili hijau dibelah 2 (1 biji )
9) Asam jawa dicairkan menjadi 3 cawan air (1/2 sudu )
10) Garam (secukup rasa)
11) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara Masak:


Lumurkan garam pada ikan yang dibelah dua dan dibuang kulit. Perap seketika.
Goreng ikan. Apabila garing, angkat dan asingkan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih (diketuk) hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).
Masukkan taucu. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan kicap. Goreng seketika.
Masukkan air asam jawa. Biar hingga mendidih.
Masukkan bawang besar (dipotong empat) dan biar hingga layu.
Masukkan cili padi, cili hijau, dan ikan. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.


Resepi Ikan Kukus Kicap


Bahan-Bahan:

1. Cairkan butter terlebih dahulu dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan biskut marie, dan gaul sehingga biskut disaluti campuran milo. Tutup api.
3. Masukkan kismis dan almond nib. Gaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastic. Susun dan tekan
biskut sehingga padat. 
5. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. 
Kemudian, kek batik bolehlah di potong dan dihidang.
 
Cara Masak:
 
Taburkan sedikit garam ke atas ikan. Aturkan ikan bersama dengan daun kubis, daun bawang dan halia. Kukus ikan selama 10 minit. Apabila ikan masak, panaskan minyak. Sementara itu, curahkan minyak bijan dan kicap cair ke atas ikan. Apabila minyak tadi panas, curahkan ke atas ikan.
 
 
 

Resepi Kek Batik



Cara-Cara:

1) Biskut Marie, dipatahkan dua (175gm )
2) mentega (125gm )
3) Susu Pekat (195gm )
4) Milo (100gm )
5) serbuk koko (13gm)
6) Kismis - Jika mahu (secukupnya)
7) Almond Nib (panggang terlebih dahulu) - Jika mahu (secukupnya)


Cara Masak:


1. Cairkan butter terlebih dahulu dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan biskut marie, dan gaul sehingga biskut disaluti campuran milo. Tutup api.
3. Masukkan kismis dan almond nib. Gaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastic. Susun dan tekan
biskut sehingga padat. 
5. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. 
Kemudian, kek batik bolehlah di potong dan dihidang.

Resepi Biskut Suji




Bahan-Bahan:

 1) tepung gandum (2 cawan )
2) gula halus (1 cawan)
3) minyak sapi (1 cawan )
4) Beberapa hirisan ceri untuk hiasan 

Cara Buat:

1.  Panaskan minyak sapi sehingga cair.
2. Kemudian tuangkan minyak ke dalam bekas, dan gaulkan bersama gula kastor.
3. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan, dan gaul rata.
4. Bentukkan adunan kecil-kecil.
5. Bakar pada suhu 150 darjah celcius, selama 15 minit. 
Biskut suji sedia untuk dihidang.


Resepi Pavlova



Bahan-Bahan:

1) putih telur (105gm )
2) gula kastor (150gm )
3) esen vanilla (3/4 sudu kecil )
4) cream of tartar (1/2 sudu kecil )
5) tepung jagung (3/4 sudu besar)
6) Buah-buahan segar sebagai hiasan, seperti strawberry, peach, atau kiwi.

Bahan custard cream filling
1) whipping cream (200gm )
2) susu segar (1/2 cawan)
3) kecil vanilla (½ sudu)
4) kuning telur (1 biji )
5) gula kastor (33gm )
6) tepung kastard (13gm )
7) mentega (25gm )

Cara Buat:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula kastor bersama cream of tartar ke dalam adunan, dan pukul dengan kelajuan yang tinggi.
3. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan tepung jagung. pukul lagi adunan dengan kelajuan yang tinggi sehingga adunan sebati.
4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle no. 12. Paip adunan ke atas kertas parchment mengikut kreativiti sendiri.
5. Kemudian, Bakar pada suhu 130 darjah celcius, selama 1jam 10minit, atau sehingga lapisan atasnya kering.
6. Biarkan ia sejuk di dalam oven.

Cara membuat Custard Cream Filling:
 1. Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
2. Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana. 
3. Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
4. Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi. 
5. Akhir sekali, letakkan creamcheese filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
Resepi pavlova sudah pun siap untuk dihidang. 

Kek Mentega



Bahan-Bahan:
1) Mentega (125g )
2) Gula Pasir (100g )
3) Tepung Gandum (125g )
4) telur (3 Biji)
5) Esen Vanila (1 Sudu besar)
6) Serbuk Penaik (1/2 Sudu kecil )
7) Bikarbonat Soda (1/2 Sudu kecil )

Cara Buat:

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan serbuk penaik, bikarbonat soda, dan juga tepung gandum.
4. bakar pada suhu 180c selama 45 minit.
Kek mentega sedia untuk dihidang

Biskut Cornflakes

Bahan- Bahan:

1) mentega (200 gm )
2) gula castor halus (150 gm )
3) telur kuning (1 biji)
4) cornflakes hancur / emping jagung hancur (100 gm)
5) tepung jagung, diayak (100 gm )
6) tepung redrose, diayak (190 gm )
7) esen vanilla (1 sudu kecil)
8) kuning telur, dan beberapa kepingan cornflakes untuk topping

Cara Buat:

1. Pukul mentega, gula castor,esen vanilla dan telur kuning sehingga sebati.
2. Apabila sebati, masukkan cornflakes hancur. 
3. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung redrose. uli adunan hingga sebati.
4. Seterusnya, tekap doh dengan acuan yang di sukai.
sapu permukaannya dengan kuning telur, dan hias dengan kepingan cornflakes.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
6. Sedia untuk dihidang.

Resepi Daging sos Tiram

Bahan-Bahan:

1) daging tanpa lemak (600 g )
2) sos tiram (60 g (6 sudu makan))
3) lada sulah (8 g (2/3 sudu makan) )
4) gula (5 g (1 sudu teh) )
5) minyak sayuran (25 g (3 sudu makan) )
6) air (200 ml (1 cawan))
7) halia, dihiris nipis (30 g (6 sm) )

Digiling
1) bawang merah (150 g (15 ulas) )
2) bawang putih (30 g (6 ulas))

Bahan hiasan
1) bawang besar, dipotong bulat (90 g (1 biji) )
2) cili merah, dipotong panjang dan dibuang biji (30 g (3 biji) )
3) daun sup ( 1 batang )
4) daun bawang (1 batang )

Cara Masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan halia, lada sulah dan bahan yang telah digiling halus.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan daging dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan bawang besar dn cili merah, gaulkan dan angkat.
6. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan.

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan

1) Daging batang pinang (500g)
2) Limau nipis (1 biji)
3) Bawang merah - dipotong halus (2 ulas)
4) Cili merah - dihiris nipis (2 biji)
5) Serbuk kunyit (sedikit)
6) Garam (sedikit)


Cara-caranya


Cara-caranya, potong nipis daging merentangi uratnya supaya mudah dikunyah.

Setelah itu, belah empat limau nipis dan perahkan airnya ke atas daging yang dipotong tadi.

Kemudian, masukkan serbuk kunyit diikuti dengan garam. Gaul hingga sebati dan perap seketika.

Selepas itu, panaskan minyak dan goreng daging tadi. Balik-balikkan supaya daging masak sekata.

Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.

Seterusnya, panasakn sedikti minyak dan tumis bawang merah.

Apabila bawang layu, masukkan cili merah dan goreng hingga sedikit garing.

Akhir sekali, masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati.

Daging dendeng sedia untuk dihidang.

Resepi Puding Kastard

Bahan puding kastard

Tepung Kastard - 1 Cawan
Gula - 1/2 Cawan
Air - 5 1/2 Cawan
Susu Pekat - 1 Cawan

Bahan kuah fruit cocktail

Fruit Cocktail - 1 Tin
Susu Cair - 1 Tin
Air Panas - 1 Tin (Guna sukatan Tin Susu Cair)
Gula - 1/2 Cawan
Nata de Coc0
 
Cara membuat puding kastard

1. Masukkan Tepung Kastard dan �Air kedalam bekas. Kacau hingga tepung larut.�
2. Kemudian masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau lagi hingga bancuhan sebati.
3. Tapiskan bancuhan ke dalam periuk.�
4. Masak di atas api sederhana dan kacau sentiasa hingga likat dan berat. (Kena banyak2 sabar le mase ni..)
5. Tutup api. Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.

Cara membuat kuah fruit cocktail

1. Air Panas, Gula dan Air Fruit Cocktail (Asingkan buahnya dulu taw..) masukkan ke dalam bekas dan kacau hingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan Buah Fruit Cocktail, Susu Cair dan Nata de Coco.
3. Sejukkan di dalam peti ais.

Puding Kastard Fruit Cocktail sedia untuk dihidangkan dan sungguh enak dimakan sejuk.
Selamat Mencuba!

 
 










3 cara memasak kentang



Diatas ni ada 3 cara untuk memasak kentang. Saya suka sangat kentang, rebus dan masak dalam ketuhar. Anda pun boleh lah cuba buat cara-cara yang diatas ni. Janji simple!

Thursday, 26 July 2012

Resepi Cucur bilis ketumbar

Yang ni unik skit, saya terjumpa dalam satu blog nih. Dia taruh daun ketumbar. Bagi sesiapa yang suka daun ketumbar tu bolehlah cuba resepi ni.

Cucur Ketumbar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
semangkuk kecil daun ketumbar (di potong kasar)
2 genggam ikan bilis kecil (di rendam dalam air panas)
2 batang karot di parut
1 biji telur
1 biji bawang besar (di dadu)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2  3/4 cawan air

Cara membuatnya :

Dalam mangkuk besar masukkan kesemua bahan-bahan untuk cucur ketumbar
dan gaul kan hingga sebati dengan air.
Panaskan minyak secukup nya dan bolehlah mula menggoreng.
Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan cucur ketumbar kedalam minyak.
Balik-balikkan dah masak toskan ke atas tisu dapur, dah boleh di hidangkan.

Resepi Creme Puff

Saya dengan suami memang peminat tegar krim puff ni, kalau pergi memana mesti beli. Sekarang ni saya nak share 1 resepi yang saya share dari bloggers ni, nampak macam senang. Boleh lah cuba nanti



Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.

2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.

3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.

4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.

5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.


Bahan-bahan Kastard: 


1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cwn (250ml) susu segar
1 biji telur 


 1 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali mentega. Kacau rata menggunakan whisker.
2. Jerang atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sambil dikacau2 sentiasa sehingga kastad nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau2 lagi.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.


PS: kalau tak mau bubuh kastard boleh bubuh aiskrim tapi kena makan direk lah 

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - ikut suka nak bubuh atau tak

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Resepi Rich Chocolate Truffle Pie


  •  12 ounces semisweet chocolate chips
  • 1 1/2 cups heavy whipping cream
  • 1/4 cup sifted confectioners' sugar
  • 1 tablespoon vanilla extract
  • 1 (9 inch) prepared chocolate cookie crumb crust

Directions

  1. In microwave dish combine chocolate chips and 1/2 of the cream. Cook on high for 1 to 2 minutes, stirring every 30 seconds until smooth. Cool to room temperature. Stir in sugar & vanilla. Set aside.
  2. In small bowl, beat the rest of the cream until soft peaks form. Beat in chocolate mixture on high speed 1/3 at a time. mix well and spoon into crust.
  3. Refrigerate at least 8 hours before serving. 
 

Cara nak buat cookies pie crust

Ingredients

  • 1 1/2 cups finely crumbled vanilla wafers atau biskut marie
  • 1/4 cup white sugar
  • 6 tablespoons butter, melted
  • 1/2 teaspoon ground cinnamon

Directions

  1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
  2. In a medium bowl combine the cookie crumbs, sugar, butter or margarine and cinnamon; mix until well blended. Press into a 9 inch pie plate.
  3. Bake in the preheated oven for 7 minutes. Cool.

Resepi Puding Karamel Guna Roti

Resepi ni pun nampak sedap dan yang pasti nya senang untuk dibuat dan ada gula hangus. jadi kita boleh tahu yang puding roti ni akan ada rasa manis dan berkrim! Resepi nie saya ambil dari salah satu blog yang saya tak ingat dimana, apa-apa pun terimakasihlah sebab sudi meng share kan resepi ni!

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat -saya letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Resepi Grandma's Egg Custard

Simple je resepi ni. utk pie crust dia kita boleh guna biskut marie yang digaul dengan butter then bakar dalam oven kejap untuk keraskan dia.

 

Ingredients

  • 1 (9 inch) unbaked pie crust
  • 3 eggs, beaten
  • 3/4 cup white sugar
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 egg white
  • 2 1/2 cups scalded milk
  • 1/4 teaspoon ground nutmeg
  • 3 drops yellow food coloring (optional)

Directions

  1. Preheat oven to 400 degrees F (205 degrees C).
  2. Mix together eggs, sugar, salt, and vanilla. Stir well. Blend in the scalded milk. For more yellow color, add few drops yellow food coloring.
  3. Line pie pan with pastry, and brush inside bottom and sides of shell with egg white to help prevent a soggy crust. Pour custard mixture into piecrust. Sprinkle with nutmeg.
  4. Bake for 30 to 35 minutes, or until a knife inserted near center comes out clean. Cool on rack.  

Wednesday, 25 July 2012

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit 

  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 
  3.  Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Ayam Berempah Kari Kaw

Cicah dengan roti pun sedap jugak. Kalu nak manis sikit taruh madu atau gula. Memang menyelerekan lah!


Bahan-Bahan:
Bawang Merah - 5 ulas (dihiris kecil)
Tomato - 1 biji (dihiris kecil)
Daun kari
Serbuk kari ayam
Ayam (dipotong kecil & digoreng terlebih dahulu)
Jintan putih
Jintan manis  
     
Cara:
Panaskan minyak, goreng bawang merah.
Masukkan daun kari, jintan putih dan jintan manis, tomato serta daun kari.
Masukkan ayam dan gaul sebati.

Tuesday, 24 July 2012

Cucur Kacang Dhal ( vadai )

Saya memang peminat vadai, kalau pegi penang or masjid india, mesti beli punya. Minat tapi buat tu jarang sekali. Tapi sejak tinggal di Langkawi ni, rasanya tak ada orang jual cucur vadai. Kalau nak makan pun time pegi kl or penang lah. Skrang kalau rasa nakmakan sangat pun, terpaksalah membuatnya sendiri. Tepung gandum tu, kita agak-agak je lah, biar semua melekit kira dah okey dah tu.


Bahan-Bahan: 

1-½ cawan kacang dal
tepung gandum
air sejuk (petiais)
segenggam daun kari
garam
gula
Bahan2 Dihiris halus
1 labu bawang besar
5 biji cili merah

Bahan utk dikisar/ditumbuk separa halus
½ cawan udang kering
Cara: Rebus kacang dal dengan air sehingga empuk (lebih kurang ~ 1 jam ). Tunggu kacang dal tu sejuk dulu. Setelah sejuk, masukkan tepung gandum dan air sejuk. Tepung gandum jangan banyak sangat biarlah secukupnya. Kacau rata. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah udang kering, daun kari, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Juka terlalu pekat, tambahlah air sejuk lagi. Buatlah jemput2 dan goreng dengan minyak panas sehingga masak.

Cadangan Hidangan: Hidangkan semasa panas-panas dengan sos cili.
 Tambahan: Tambah tepung gandum biarlah berpadanan dengan kuantiti kacang dal tu.

Ayam Bakar Mayonnaise



Bahan-Bahan:
1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
1 sarung rempah kari ayam
5 sudu maryonis
Sedikit garam dan kunyit

Cara: Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

Cadangan Hidangan: Sepuluh minit sebelum ayam masak , taburkan sedikit lada sulah ke atas ayam tadi.    

Udang 1000 Rasa

                       Resepi ni nampaknya simple, boleh cuba. Bahan-bahan dia pula dah memang ready stok kat dapur tu, cuma udang je lah kot nak kena beli if nak buat.  Jom cuba

Bahan-Bahan:
Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak
Bahan 2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula
Garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.

2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata.

4. Hidangkan di dalam pinggan.
Cadangan Hidangan:
Hidangan ini enak dimakan bersama nasi dan roti.

Sambal Mempelam

               Saya ni cukup suka sangat sambal mempelam, tambah tambah lagi kalau mempelam tu dah masak. Kekuningan. Memang sedaplah. Manis + pedas, memang sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas. Tulis ni pun dah terliur, makan belum lagi tue! 
  
               Jom kita try buat resepi ni!




Bahan-Bahan:
pelam muda_1biji
lada cili_7-8biji(ikut suka)
gula
garam
bawang putih_2ulas
Cara:
1) kupas kulit pelam muda & basuh pelam
2) sagat pelam tadi nipis2 & masukkan kedlm bekas
3) tumbuk lada cili & bawang putih sehingga lumat
4) masukkan cili yg d'tumbuk td ke dalam bekas pelam
5) masukkan garam & gula mengikut citerasa masing2
6) gaul kan pelam,lada cili d'tmbk b;same garam & gula sehingga sebati
Cadangan Hidangan:
2-3 orang

Kari Pedas Kentang


Sumber: Majalah Saji November 1998

Bahan-Bahan:
1 kg kentang - buang kulit dan potong dadu
4 gm tomato - potong dadu
2 gm bawang besar - dicincang
5 gm daun kari
10 gm daun ketumbar - dicincang
5 gm biji sawi
5 gm pes halia bawang putih
15 gm serbuk jintan putih
10 gm serbuk kunyit
15 gm serbuk ketumbar
2 gm cili hijau
50 ml minyak masak
Sedikit serbuk perasa
Cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang, pes halia bawang putih, daun karo dan masak selama 5 minit. Masukkan biji sawi dan biarkan beberapa minit lagi. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan kacau rata. Masukkan separuh daripada tomato dan masukkan air. Reneh pada kepanasan yang sederhan antara 15 hingga 20 minit. Masukkan kiub kentang dan masak sehingga kentang empuk (masukkan air dari semasa ke semasa jika perlu). Masukkan cili hijau dan serbuk perasa. Selepas masak masukkan daun ketumbar.
Agak agak ni ke resepi yang selalu ada kat kedai mamak tu? makan dengan roti nan?