Saturday, 21 July 2012

Dessert Buah Tanjung ( taik Itik )

Dessert ni memamng sedap and manis, patut lah diaorang panggil taik itik sebab guna telur itik. Selama ni dok ingat guna telur ayam je.. proses membuatnya macam senang, nanti nak cuba lah. Sekarang ni kalau nak beli kat kelantan, mahal dah harga dia. Dulu murah je. Maybe sebab harga barang naik kot  :)





Bahan-bahannya:

10 Biji Kuning Telur itik
1 kg gula pasir
500ml air
250 gm tepung beras pulut
100 gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh pewarna oren


Cara membuatnya

1. masukkan tepung beras pulut dan tepung beras dalam satu bekas kemudian sangai tanpa menggunakan minyak sehingga agak-agak ringan, Kemudian angkat dan ketepikan.

2.masak gula serta dimasukkan air sehingga menddih, lalu masukkan daun pandan dan bunga cengkih biarkan seketika sengga menjadi separuh pekat. Setelah itu, keluarkan daun pandan.

3. Blend/pukul kuning telur tadi hingga naik kembang.lalu di masukkan kedalam bekas  berisi tepung yang telah di sangai sedikit demi sedikit dan di uli menjadi doh yang lembut.Cubit adunan dengan menggunakan hujung jari dan buatkan bentuk seperti buah tanjung, kemudian masukkan kedalam air gula biarkan sehingga buah tanjung itu tadi meresap air gula.

Credits to iresepi coz sharing this recipe!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.