Saturday, 21 July 2012

Hati ayam goreng berempah

Ni resepi cara nak buat hati ayam goreng, Terima kasih kepada blooger yang sudi share resepi ni!

Bahan bahan utk dikisar

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2cm halia

Bahan bahan lain

Hati Ayam ( banyak mana anda suka )
2 sudu besar serbuk kari daging babas
Daun Kari
Garam

 Caranya

Bersihkan hati ayam kemudian gaul dengan garam
Biarkan ia sebentar
Tuang air panas mendidih ke dalam mangkuk kemudian masukkan hati ayam itu sebentar
( Dalam 5 min ) Toskan airnya dan cuci bersih
Salutkan ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam
Panaskan minyak kemudian goreng hati ayam sehingga garing
Angkat dan ketepikan

Didalam kuali yg asing ( atau kuali sama ) panaskan minyak tumis bahan kisar dan daun kari
Biarkan ia sampai naik bau
Masukkan rempah kari dan sedikit air dan masak sehingga ia pecah minyak
Apabila dah garing letak secubit garam, gaul rata
Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi
* Jika ingin sedikit kuah boleh letak air
Gaul sebati dan sedia dihidang

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.