Tuesday, 24 July 2012

Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahanya:

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan 2 1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
Untuk inti kuih cara
300gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dengan ayam atau daging cincang)
2 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Untuk topping atas kuih cara
daun sup dan daun bawang ( dihiris nipis)
sedikit cili merah ( dicincang halus)


 Cara-Caranya:
 
1. Dengan menggunakan blender atau whisker tangan, kisar tepung gandum, gula, 1 sudu minyak masak, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan, kalau adunan nampak pekat, boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air. Tutup bekas adunan dan perap selama 30 minit atau lebih. step ini penting supaya adunan lebih mesra dan sebati.
2. Buat Inti Kuih Cara, isi udang, bawang besar dan bawang putih di cincang halus, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar dan bawang putih, biarkan agak garing baru masukkan udang, dan bawang besar serta  sedikit sos cili, kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, biarkan inti agak kering , angkat dan sejukkan seketika.
3. Setelah adunan diperap 30 minit, panaskan acuan kuih cara, gliss acuan dengan minyak masak, setelah agak panas tuangkan adunan kuih cara 3/4 acuan, kemudian masukkan 1 sudu kecil inti dan taburkan pula dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
 4. Tutup acuan kuih cara dengan penutup periuk dan biarkan seketika, masak sehingga permukaan bawah kuih cara perang dan permukaan atasnya masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

 Credits to blogger blogger yang sudi share resepi mereka and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.