Monday, 3 September 2012

Sagu Kastard Koktel





Cara buatnya:

Bahan-bahan:
100 gm sagu mata ikan
80 gm buah-buahan koktel
50 gm tepung kastard
200 ml air
2 sudu kecil coffeemate
80 gm gula


Cara menyediakan:
1.  Masak sagu sehingga kembang.
2.  Tuangkan ke dalam acuan.
3.  Tuang sagu berselang-seli dengan koktel buah-buahan.
4.  Kemudian sejukkan dan letakkan ke dalam mangkuk.
5.  Untuk sos kastard, didihkan air dan masukkan coffeemate.
6.  Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
7.  Satukan gula dan tepung kastard.
8.  Kemudian, tuangkan bancuhan coffeemate tadi.
9.  Kacau perlahan-lahan.
10. Kemudian panaskan di atas api sehingga ia masak.
11. Sejukkan dan tuangkan ke atas sagu koktel tadi.

PS: resepi ini diambil daripada SajiOnline. Terima kasih ye

Mengandung kah aku?

Ya Allah, aku amat-amat berharap yang aku ni mengandung anak yang pertama walaupun sudah berkahwin selama 7 tahun. Tapi bila check HPT jawapan nya negative , ke aku tercheck awalsangat? sebab tak tahan nak tahu pregnant ke tidak. Tapi rasa cam pregnant.. skrang ni dok rasa cramp cramp n sengal sengal kat area perut, yang sengal tu pula balik kiri. Risau juga sebab bila baca if sengal balik kiri itu tandanya tak elok.. minta dijauhkan lah. Now dok spotting pun ade jugak.. 

Ada sesiapa pernah mengalami macam saya tak? sekarang kalau ikut kiraan 4minggu 3 hari. Risau dah ni...

:(