Wednesday, 28 May 2014

lenovo oh lenovo

Hola!

Entry ni pendek je..
Entry frust menonggeng sebab nk surver handphone lenovo payah sesangat kat langkawi ni. Kalau kat tanah besar senang lah.. senang banyak bukan senang sikit! :(

Sini kedai utk buat pilihan dah lah sikit, mahal gila pula tue.. barang nak harap original pun boleh diragui. Kecualilah jika anda seorg yg terer bab nk tgk check hp tu ori ke tidak.. xdak masalah .. 

Soo.. berharap sangat-sangat pencarian besok membuahkan hasil ya!

Tuesday, 20 May 2014

Bedak arab Korkuyou ~ lelong lelong ~

salam pembaca-pembaca semua. Sini saya nak buat jualan penghabisan stok. Bedak arab korkuyou dengan harga yang teramat amat amatlah murah! kalau baca, mesti tak percaya punya. 

TAPI

sebelum membaca dan ingin membeli. saya ingin mengingatkan bahawa anda semua kenalah bukan seseorang yang cerewet, fussy dan banyak songeh ye. Saya jual ni pun dengan harga yang murah. Harga rugi. Tapi daripada membazir dalam simpanan , baik saya jual je. 
Bedak ni tak tahu lah ori ke x, sebab saya beli x dapat dia punya span.. so saya kena beli span lain sebagai ganti utk span korkuyou. yang tu je lah masalah dia. Dari segi warna, bau , packaging dia semua sama lagi. MAlah saya sendiri yang pakai pun tak ada masalah apa-apa pun.
Saya juga ada buat perbandingan dengan bedak arab yg saya pesan kt mak saya. Dimana dia beli di mekah terus, xde apa2 perbezaan juga cuma span je lah dapat span korkuyou sekali. tapi bila pakai , xde yang lain pun. xde yg beza pun.

So, kepada sesiapa yang ingin mencuba dan membeli. Saya nak jual bedak-bedak arab ni dengan harga rm16 sahaja termasuk pos. Tapi beli atas tanggunggan dan kerelaan sendiri tau!

Ade kaler Cherry Pink sahaja
Rm16 termasuk postage
Barang baru





Boleh emel saya di anchot@livve.com
atau
whatapps saya di 0194556328
Lastly,
Komen je kat bawah ni hehehhe

Santai Hujung Minggu ~ Jala Restaurant, The Andaman Langkawi

seperti biasa, lina kalau time en.suami cuti mesti ajak dia ronda-ronda keliling langkawi.. almaklum lah.. bosan xde apa nak dibuat di rumah. So kali ni kami bercadang nak mencuba makan dan bersantai-santai di Jala restoran dekat hotel The Andaman.. jalan nak masuk tu memang bersimpang siur lah.. dah lah kawasan berbukit, hutan.. sunyi sepi je. Tapi oklah sebab jalanraya dia cantik.. tak sempit dan berlubang. Sementara nak sampai tu kami lalui kawasan padang golf. Boleh lah kalau nak rasa suasana tengah padang golf heheheh


See.. jalan yg bersimpang siur! macam naik rollercoster tapi tak teruk lah  



So, masuk masuk je kawasan hotel tu, kami disapa oleh tukang valet/bellboy yg lengkap berpakaian melayu tradisional.  Selepas berborak untuk seketika, dia pun bagi lah petua utk ke restoran Jala yg betul-betul berada di tepi pantai. sambil makan boleh tgk pemandangan laut lah. Romantik gitu tapi perlu DIINGAT, bg guest yang tidak menginap didalam hotel ini, anda tidak boleh mandi manda dilaut ye.. cuma boleh makan je. 
Kami pun apa lagi, ambik spot yg betul betul strategik lah ...
Tengok.. cantik tak pemandangan kami? siap tempat beradu lagi ada. Tapi kami x lah beradu, sebab panas hahaha
Encik suami tgk menu air, dan saya tgk menu makanan yg maha besar! Rabun dekat tak payah pakai spek dah ni




Harga makanan disini, mampu milik. Tak lah mahal mana sangat pun.. sekali sekala nak mai makan sini tak pe lah.. x membocorkan poket. Kita makan disini dapat kenangan yang terindah

the fooooooooddddd!!!


Saya pesan penne seafood. Minuman pula Latte yg maha kaw.. kiranya minum x tidur lah. Overall its good food, good experience and kita berpeluang ronda ronda didalam hotel yang bertaraf 5* tanpa rasa bersalah pun. hahahahha