Santai Hujung Minggu ~ Jala Restaurant, The Andaman Langkawi

seperti biasa, lina kalau time en.suami cuti mesti ajak dia ronda-ronda keliling langkawi.. almaklum lah.. bosan xde apa nak dibuat di rumah. So kali ni kami bercadang nak mencuba makan dan bersantai-santai di Jala restoran dekat hotel The Andaman.. jalan nak masuk tu memang bersimpang siur lah.. dah lah kawasan berbukit, hutan.. sunyi sepi je. Tapi oklah sebab jalanraya dia cantik.. tak sempit dan berlubang. Sementara nak sampai tu kami lalui kawasan padang golf. Boleh lah kalau nak rasa suasana tengah padang golf heheheh


See.. jalan yg bersimpang siur! macam naik rollercoster tapi tak teruk lah  



So, masuk masuk je kawasan hotel tu, kami disapa oleh tukang valet/bellboy yg lengkap berpakaian melayu tradisional.  Selepas berborak untuk seketika, dia pun bagi lah petua utk ke restoran Jala yg betul-betul berada di tepi pantai. sambil makan boleh tgk pemandangan laut lah. Romantik gitu tapi perlu DIINGAT, bg guest yang tidak menginap didalam hotel ini, anda tidak boleh mandi manda dilaut ye.. cuma boleh makan je. 
Kami pun apa lagi, ambik spot yg betul betul strategik lah ...
Tengok.. cantik tak pemandangan kami? siap tempat beradu lagi ada. Tapi kami x lah beradu, sebab panas hahaha
Encik suami tgk menu air, dan saya tgk menu makanan yg maha besar! Rabun dekat tak payah pakai spek dah ni




Harga makanan disini, mampu milik. Tak lah mahal mana sangat pun.. sekali sekala nak mai makan sini tak pe lah.. x membocorkan poket. Kita makan disini dapat kenangan yang terindah

the fooooooooddddd!!!


Saya pesan penne seafood. Minuman pula Latte yg maha kaw.. kiranya minum x tidur lah. Overall its good food, good experience and kita berpeluang ronda ronda didalam hotel yang bertaraf 5* tanpa rasa bersalah pun. hahahahha

Comments

Popular Posts