Friday, 27 July 2012

Ikan Masak Kicap Taucu





Bahan-Bahan:

1) Ikan cencaru (1 ekor )
2) Taucu (7 sudu )
3) Kicap (5 sudu )
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang merah (2 ulas )
6) Bawang besar (1/2 biji)
7) Cili padi dibelah 2 (4 biji )
8) Cili hijau dibelah 2 (1 biji )
9) Asam jawa dicairkan menjadi 3 cawan air (1/2 sudu )
10) Garam (secukup rasa)
11) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara Masak:


Lumurkan garam pada ikan yang dibelah dua dan dibuang kulit. Perap seketika.
Goreng ikan. Apabila garing, angkat dan asingkan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih (diketuk) hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).
Masukkan taucu. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan kicap. Goreng seketika.
Masukkan air asam jawa. Biar hingga mendidih.
Masukkan bawang besar (dipotong empat) dan biar hingga layu.
Masukkan cili padi, cili hijau, dan ikan. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.