Friday, 27 July 2012

Resepi Daging sos Tiram

Bahan-Bahan:

1) daging tanpa lemak (600 g )
2) sos tiram (60 g (6 sudu makan))
3) lada sulah (8 g (2/3 sudu makan) )
4) gula (5 g (1 sudu teh) )
5) minyak sayuran (25 g (3 sudu makan) )
6) air (200 ml (1 cawan))
7) halia, dihiris nipis (30 g (6 sm) )

Digiling
1) bawang merah (150 g (15 ulas) )
2) bawang putih (30 g (6 ulas))

Bahan hiasan
1) bawang besar, dipotong bulat (90 g (1 biji) )
2) cili merah, dipotong panjang dan dibuang biji (30 g (3 biji) )
3) daun sup ( 1 batang )
4) daun bawang (1 batang )

Cara Masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan halia, lada sulah dan bahan yang telah digiling halus.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan daging dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan bawang besar dn cili merah, gaulkan dan angkat.
6. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.