Resepi ayam masak Paprik

Resepi ni untuk 2 orang.

Bahan-bahan Resepi  Masakan Ayam Masak Paprik ( untuk 2 orang makan )
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
1 ½ inci carrot  (dipotong)
1/2  labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut
**untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
9. Siap untuk dihidangkan.

Credits to kongsiresepi and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

Comments

Popular Posts