Resepi Pavlova
Bahan-Bahan:
1) putih telur (105gm )
2) gula kastor (150gm )
3) esen vanilla (3/4 sudu kecil )
4) cream of tartar (1/2 sudu kecil )
5) tepung jagung (3/4 sudu besar)
6) Buah-buahan segar sebagai hiasan, seperti strawberry, peach, atau kiwi.
2) gula kastor (150gm )
3) esen vanilla (3/4 sudu kecil )
4) cream of tartar (1/2 sudu kecil )
5) tepung jagung (3/4 sudu besar)
6) Buah-buahan segar sebagai hiasan, seperti strawberry, peach, atau kiwi.
Bahan custard cream filling
1) whipping cream (200gm )
2) susu segar (1/2 cawan)
3) kecil vanilla (½ sudu)
4) kuning telur (1 biji )
5) gula kastor (33gm )
6) tepung kastard (13gm )
7) mentega (25gm )
Cara Buat:
1. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula kastor bersama cream of tartar ke dalam adunan, dan pukul dengan kelajuan yang tinggi.
3. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan tepung jagung. pukul lagi adunan dengan kelajuan yang tinggi sehingga adunan sebati.
4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle no. 12. Paip adunan ke atas kertas parchment mengikut kreativiti sendiri.
5. Kemudian, Bakar pada suhu 130 darjah celcius, selama 1jam 10minit, atau sehingga lapisan atasnya kering.
6. Biarkan ia sejuk di dalam oven.
Cara membuat Custard Cream Filling:
1.
Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia
tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap
dipukul. Simpan di dalam peti ais terlebih dahulu.
2. Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana.
3. Apabila pekat, Sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.
4. Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi.
5.
Akhir sekali, letakkan creamcheese filling di atas base pavlova. Susun
buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling.
Resepi pavlova sudah pun siap untuk dihidang.
Comments
Post a Comment