Resepi Sotong Masak Tomato

Bahan-bahan untuk 2 orang:

4 ekor sotong (dipotong kecil)
1 sudu besar cili boh
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 sudu besar sos tomato
1 biji buah tomato (dipotong empat)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
 
Cara-cara masakan resepi sotong masak merah tomato;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.
3. Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak sotong sehingga empuk.
5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan sos tomato, buah tomato, garam dan serbuk perasa. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
7. Tutup kuali seketika sahaja. makannnn

 Credits to blogger blogger yang sudi share resepi mereka and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

Comments

Popular Posts