Wednesday, 18 July 2012

Promosi Ramadhan di Langkawi 2012

Seperti anda semua maklum, bila masuk je bulan Puasa pasti akan ada promosi baik dari segi hotel, theme park atau apa-apa pun lah. Langkawi pun tak terlepas juga. Jadi sesiapa yang bercadang nak datang ke Langkawi dan berbudget (tp kena tahan dahaga dan lapar lah di siang hari ), anda boleh lah datang ke Langkawi. Banyak juga tawaran yang menarik di sepanjang bulan puasa.
1. Hotel Bayview, kuah mengadakan promosi bilik. Harga asalnya rm228 tp untuk bulan puasa, mereka kurangkan harga jadi rm175++.. berbaloi  tu. Ada buffet ramadhan lagi dekat hotel Bayview tp yang tu harga lain lah. Rm50 untuk dewasa..

2. Cable car pun buat promosi juga sepanjang bulan Ramadhan yaitu harga tiket untuk naik cable car diaorang offer rm10 je bagi dewasa, kalau tak harga tiket dia rm28 kot.. TAPI dengan syarat tunjuk kad MYKAD, kalau tak, kena bayar harga normal lah ye.. boleh kira kita save berapa banyak dah kat situ kan?



3. Langkawi Paradise Bird Park. Tapi promosi ni untuk penduduk dan sesiapa yang bekerja di Langkawi lah, tiket masuk cuma rm5 dewasa dan rm3 kanak-kanak je.. hissh hisssh hissss ..murah murah.. memang regu kalau tak rebut peluang ni. Dah lah dalam tu diaorang upgrade kan jadi lebih luas dan cantik.. kita boleh jalan-jalan dengan burung dan binatang-binatang yang jinak .



Best kan? Jadi, tunggu ape lagi, start lah plan bercuti di Langkawi pada bulan puasa ini!

Klik sini untuk tengok senarai dan harga buffet Ramadhan pulak!

PS: will update kalau ade promotion yang baru or buffet ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.