Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan

1) Daging batang pinang (500g)
2) Limau nipis (1 biji)
3) Bawang merah - dipotong halus (2 ulas)
4) Cili merah - dihiris nipis (2 biji)
5) Serbuk kunyit (sedikit)
6) Garam (sedikit)


Cara-caranya


Cara-caranya, potong nipis daging merentangi uratnya supaya mudah dikunyah.

Setelah itu, belah empat limau nipis dan perahkan airnya ke atas daging yang dipotong tadi.

Kemudian, masukkan serbuk kunyit diikuti dengan garam. Gaul hingga sebati dan perap seketika.

Selepas itu, panaskan minyak dan goreng daging tadi. Balik-balikkan supaya daging masak sekata.

Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.

Seterusnya, panasakn sedikti minyak dan tumis bawang merah.

Apabila bawang layu, masukkan cili merah dan goreng hingga sedikit garing.

Akhir sekali, masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati.

Daging dendeng sedia untuk dihidang.

Comments

Popular Posts