Tuesday, 24 July 2012

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Resepi ni untuk 2 orang.

Bahan-bahan Resepi Daging Masak Black Pepper (untuk 2 orang makan);
1 mangkuk kecil daging (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
2 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2  labu bawang besar (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis


Cara-cara masakan resepi daging masak black pepper;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan daging, serbuk lada hitam, bawang besar yang dipotong dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan air dalam kuantiti yang banyak dan tutup kuali untuk empuk/ lembutkan daging.
5.  Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Sebenarnya lagi sedap jenis masakan kering tapi gambar di atas berkuah bagi orang yang nak makan nasi berkuah.

Credits to blogger and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.