Masak Lemak Cili Padi Udang Dgn Lengkuas

sedap juga buat cara ni, tak pernah lagi buat udang dengan lengkuas and taruh daun kunyit. Bunyi pun dah sedap. Memandangkan dalam peti ais ade udang, boleh buat ni tapi yang utama nak kena beli daun kunyit dulu hohoho

Bahan-bahanye
300gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
2 inci lengkuas
1 batang serai
7 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
1 helai daun kunyit

caranya
1. Kisar halus cili padi, lengkuas, bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar,  selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.


 Credits to bloggers and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

Comments

Popular Posts