Kari Pedas Kentang
Sumber: Majalah Saji November 1998 |
|
Bahan-Bahan: | |
1 kg kentang - buang kulit dan potong dadu 4 gm tomato - potong dadu 2 gm bawang besar - dicincang 5 gm daun kari 10 gm daun ketumbar - dicincang 5 gm biji sawi 5 gm pes halia bawang putih |
15 gm serbuk jintan putih 10 gm serbuk kunyit 15 gm serbuk ketumbar 2 gm cili hijau 50 ml minyak masak Sedikit serbuk perasa |
Cara: | |
Panaskan minyak, masukkan bawang, pes halia bawang putih, daun karo dan masak selama 5 minit. Masukkan biji sawi dan biarkan beberapa minit lagi. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan kacau rata. Masukkan separuh daripada tomato dan masukkan air. Reneh pada kepanasan yang sederhan antara 15 hingga 20 minit. Masukkan kiub kentang dan masak sehingga kentang empuk (masukkan air dari semasa ke semasa jika perlu). Masukkan cili hijau dan serbuk perasa. Selepas masak masukkan daun ketumbar. |
Agak agak ni ke resepi yang selalu ada kat kedai mamak tu? makan dengan roti nan?
Comments
Post a Comment