Friday, 27 July 2012

Resepi Puding Kastard

Bahan puding kastard

Tepung Kastard - 1 Cawan
Gula - 1/2 Cawan
Air - 5 1/2 Cawan
Susu Pekat - 1 Cawan

Bahan kuah fruit cocktail

Fruit Cocktail - 1 Tin
Susu Cair - 1 Tin
Air Panas - 1 Tin (Guna sukatan Tin Susu Cair)
Gula - 1/2 Cawan
Nata de Coc0
 
Cara membuat puding kastard

1. Masukkan Tepung Kastard dan �Air kedalam bekas. Kacau hingga tepung larut.�
2. Kemudian masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau lagi hingga bancuhan sebati.
3. Tapiskan bancuhan ke dalam periuk.�
4. Masak di atas api sederhana dan kacau sentiasa hingga likat dan berat. (Kena banyak2 sabar le mase ni..)
5. Tutup api. Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.

Cara membuat kuah fruit cocktail

1. Air Panas, Gula dan Air Fruit Cocktail (Asingkan buahnya dulu taw..) masukkan ke dalam bekas dan kacau hingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan Buah Fruit Cocktail, Susu Cair dan Nata de Coco.
3. Sejukkan di dalam peti ais.

Puding Kastard Fruit Cocktail sedia untuk dihidangkan dan sungguh enak dimakan sejuk.
Selamat Mencuba!

 
 










No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.