Resepi Triffle Koktail

Dessert kejap ye.. asyik lauk pauk je kan. Memang banyaklah yang saya pelajari daripada blogger blogger lain ni. Tak lah saya ketandusan idea nak masak apa dah mulai sekarang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa para bloggers yang berkongsi resepi ni.

Bahan-bahan:
  • 1 gulung kek swiss roll/ kek span
  • 1 tin buah koktail
  • 1 gelas susu cair
  • 2 gelas air
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 sb tepung kastard
  • 2-3 sb gula
  • 1 kotak serbuk jelly berperisa strawberry (@ apa2 perisa yg digemari)

Cara-cara

  1. Potong kek kecil2 & susun dalam bekas
  2. Tapis air buah koktail. Jirus air buah sedikit di atas kek. (jgn bnyk sangat, kek akan terlalu basah dan lembik). tabur 1/2 buah ke atas kek
  3. Untuk kastard (lapisan kedua) -campur tepung kastard, gula, susu & esen. Kacau atas api yang kecil hingga masak & berkilat
  4. Curahkan adunan kastard ke atas kek & tabur 1/2 lagi buah ke atasnya. Biarkan sejuk dan keras sedikit.
  5. Untuk jelly (lapisan ketiga) -Tuang 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli & kacau supaya tidak berketul. Tuang jeli ke atas kastard yang sudah agak sejuk & keras. Sejukkan dalam peti sejuk.
 Credits to blogger blogger yang sudi share resepi mereka and resepi2 yang saya share ni adalah untuk kegunaan saya sendiri dimasa hadapan. Kiranya my blog ni macam buku resepi sayalah tanpa perlu menulis dan cari kertas!
:)

Comments

Popular Posts