Langkawi's Elephant Adventure - Taman Gajah LAngkawi

Jom lah melihat pemandangan hutan belantara, flora dan fauna, rama-rama dengan anak sungai yang sungguh mendamaikan jiwa dengan hanya menunggang di belakang seekor gajah yang jinak! hehehe .. Mengujakan?
Semuanya di Langkawi's Elephant Adventure yang terletak di Oriental Village, ala dekat dan sama taman dengan Langkawi Cable Car tu, mesti jumpa punya. Kalau tak jumpa pun boleh tanya orang situ, mesti diaorang tolong tunjukkan jalan.
LEA ni sebenarnya dah lama ada, dari tahun 2006 lagi tapi mungkin orang tak promosi sangat tu kot sunyi skit. Selalunya orang akan promosi cable car tu je yang lebih. Sian kat gajah-gajah yang jinak ni, xde publisiti ..  :(
Gajah yang paling jinak sekali ialah gajah yang diberi nama Lasah. Sebenarnya Lasah ni boleh dikategorikan sebagai pelakon jugalah sebab dia pernah berlakon dalam citer mat salleh tu 'Anna And The King' dan juga drama-drama tempatan kita ni. oh! dan juga jadi penolong ahli silap mata lagi tau!
Banyak aktiviti boleh kita lakukan dengan gajah-gajah ni seperti 'fun Rides' dimasa mengambil 5 minit je menaiki belakang gajah tu so diaorg bawa pusing-pusing sangkar diaorang je.
Kalau ada duit lebih or boleh share share dengan orang lain, korang boleh ambil pakej yang mahal skit iaitu 'The Geopark Adventures'. Yang ni memang lama, kita masuk hutan, naik bukit siap kena mandi dengan si gajah tu lagi hahaha.. so kena bawa pakaian lebih dan barang elektronik tu bubuh dalam beg kalis air lah..

untuk keterangan lebih lanjut, pergilah ke lawam web diaorang ni:

Dan kalau nak menginap di guesthouse, silalah menginap disini:

Comments

Popular Posts