Langkawi bulan 12

Seperti sedia maklum,sekarang ni musim cuti sekolah jadi ramailah para ibubapa nak bawa anak-anak berjalan ke Langkawi kan? Langkawi ni boleh dikatakan satu pulau yang perfect. 

Ialah bagi kanak-kanak macam-macam boleh diaorang buat cam mandi pantai, main pasir, tengok ikan yang cantik cantik unik dekat Underwater world, tgk kuda kat taman kuda, tengok arnab dekat cable car, tengok beraneka jenis burung kat Langkawi bird park. oh! jangan dilupakan, kat Langkawi ni nak tgk gajah dan harimau pun boleh.. semua dekat cable car je
Bagi para isteri .. jeng jeng jeng.. semesti lah target nak bershopping kan? sini pinggan mangkuk memang banyak lah.. bebas cukai pula tu! Para isteri boleh pergi ke kedai Hj Ismail group ataupun Idaman suri dan juga Ram's.. kedai kedai kecil pun ada mcm Zeno. Sini pun beraneka jenis cokelat ada. sebut saja, mesti dapat punya. Setengah tu, tak dijual di semenanjung. SO, sape-sape yg nak kawin disarankan beli cokelat yang comel comel untuk dibuat door gift!
And lastly, para suami .. yang merokok boleh borong rokok rokok yang murah ( bukan menghasut nak suh hisap bebanyak tp itulah hakikatnya kan?) or beli minyak angin n gamat (ape kena mengena dgn kaum laki erk?) or sesiapa yang lasak boleh pergi island hopping, scuba di pulau payar ataupun mendaki tangga seribu harapan

So ni jelah secara ringkasnya aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan sempena bercuti di Langkawi. Bagi saya yang sudah sememangnya stay di Langkawi, ingat nak pergi bercuti di Singapore. Pulau jugak kan? nge nge ngeee ..

SELAMAT BERCUTI YOU GUYS!!

Comments

Popular Posts